5 February 2016

Senaman Kuruskan Badan Boleh Di Lakukan Di Rumah

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google

Assalamualaikum Semua!

Untuk entri kali ini, saya kongsikan beberapa senaman mudah yang boleh di lakukan di rumah. Tentu anda bertanya "Boleh ke lakukan senaman di rumah"? Jawapannya BOLEH. Cuma anda perlu pandai bahagikan masa antara senaman dan kerja rumah anda.

Antara senaman yang anda boleh lakukan :


Info, Kongsi, Diet, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE,




Push-ups atau tekan-tubi

Bagi wanita, kalau berkemampuan nak berdiri dengan hujung jari kaki, bolehlah berbuat demikian, kalau tak mampu, guna lutut pun takpe.

Push-ups atau tekan-tubi ni bagus untuk membakar lemak, menguatkan bahagian lengan, bahu dan dada. Buat dalam 10 kali, dalam 3 set pun dah cukup baik. Ikut kemampuan anda.

Info, Kongsi, Diet, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE,



Squats

Kebaikan squats ialah mencantikkan punggung, membentuk paha dan kaki yang cantik.

Cara-caranya ialah, buka kaki anda, pastikan apabila lutut diturun dan dibengkokkan, tidak melebihi jari kaki anda. Tangan boleh diluruskan ke depan. Buat dalam 10-15 kali bagi satu sesi (naik turun) bagi 3 set.

Info, Kongsi, Diet, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE,


Walking Lunges ini seperti squats juga cuma dilakukan dengan satu kaki membengkok. Sekali lagi, pastikan lutut tidak melebihi hujung jari kaki dan lutut satu lagi tidak mencecah lantai. Lutut dibengkokkan dalam 90 darjah.
Cara buat ialah bengkokkan lutut dalam 10 kali, bergilir dengan kaki sebelah lagi. Boleh buat dalam 3 set.
Info, Kongsi, Diet, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE,

Senaman ni pula bagus untuk kekuatan lengan, perut dan kaki. Boleh tengok gambar macam mana nak buat. Cara-caranya, kaki bengkok 90 darjah, badan pula lurus. Naik dan turunkan badan anda dengan memegang kerusi. Macam push-ups tapi anda buat di bahagian belakang.
Macam biasa buat dalam 10 kali kemudian rehat. Buat dalam 3 set.
Ayuh ! Jom lakukan senaman kuruskan badan di rumah secara harian dan konsisten. Lama-kelamaan insya-allah anda akan dapat hasilnya. Duit dan masa pun jimat jika dilakukan dirumah.

No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign