Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google
Assalamualaikum Semua,
Hari pertama di bulan kedua, Februari muncul lagi. Kepada anda yang berazam untuk kurus pada tahun ini, macam mana misi anda? Berjaya ke? Jika belum, anda ada masa lagi. Kaji dan periksa jadual pengambilan makanan yang anda ambil.
Hari ini saya akan kongsikan sedikit tips tentang berdiet.

Bila sebut perkataan 'Diet' pastikan umum ingat, orang yang sedang berdiet tidak akan mengambil nasi.
Adakah anda akan katakan TIDAK pada nasi!
Bukannya mudah untuk mengelak dari mengambil nasi. Al-maklumlah, nasi merupakan makanan ruji masyarakat kita. Fikirkan kesannya kepada tubuh anda. Bagi pesakit kencing manis misalnya tidak sesuai untuk mengambil nasi dari beras biasa. Kandungan kanji dan karbohidrat dalam beras membuat ia tidak sesuai diambil berlebihan.
• Beras merah: 1 mangkuk = 207.7 kalori
• Beras kukus (biasa): 1 mangkuk = 203.5 kalori
• Nasi goreng sayur: 1 mangkuk = 643.7 kalori
Katakanlah anda mengalami kesukaran untuk menolak pinggan nasi ketepi, anda HARUS kuat! Bukanlah tidak boleh makan nasi langsung, namun begitu kurangkan pengambilan nasi dalam menu seharian anda dengan lebihkan lauk seperti sayur-sayauran atau ikan berbanding tiga senduk penuh nasi!
Jadi ingatlah, tidak salah makan nasi walaupun berdiet CUMA makan mengikut sukatan yang betul dan jangan lupa melakukan senaman.
Jom kita amalkan diet dengan cara yang betul dan sihat.
No comments:
Post a Comment
Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.