Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google
Assalamualaikum Semua!
Pada entri yang lepas saya kongsikan bagaimana saya menjalani cabaran untuk kurus dan sihat. Selain menjaga permakanan, senaman juga memainkan peranan penting bagi mendapatkan badan yang sihat serta perut yang kempis.

Tahukah anda? Membakar lemak dengan senaman yang betul dapat membantu kita mengempiskan perut dengan pantas.
Seperti yang anda tahu ketika di fasa 1 cabaran untuk kurus dan sihat saya ada meminta pendapat rakan-rakan dalam group whatsapp coaching online, bagaimana untuk mengempiskan perut. Pelbagai senaman telah di utarakan oleh rakan-rakan yang mana kesemua senaman ini sangat mudah dan senang untuk dilakukan dirumah.
Antaranya :
1. Senaman Crunches
2. Senaman Planks
3. Senaman Leg Raises
4. Senaman Bicycle Crunches
5. Senaman Heel Touch
6. Senaman Russian Twists

7. Senaman Criss Cross
8. Senaman Bridge
9. Senaman Sit-up
10. Senaman V-Ups
Kesemua 10 senaman ini saya telah lakukan cuma ada beberapa senaman yang menjadi 'favorite' saya seperti Crunches, Bicycle Crunches, Bridge dan Russian Twists. Alhamdulillah selain amalkan suplemen Shaklee, senaman-senaman ini juga sangat membantu mengempiskan perut. Ianya mudah serta senang dilakukan dirumah dan hasilnya saya BERJAYA mengurangkan inci dibahagian perut sebanyak 4 inci dalam masa sebulan.
Jadi, jika anda anda masalah perut buncit, cuba amalkan senaman-senaman diatas secara konsisten dan insya-allah anda akan melihat hasilnya.
Tapi sebelum itu PERINGATAN.....jangan buat sekali terus harapkan perut anda boleh kempis ya.....Kenalah rajin lakukan senaman.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment
Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.