14 March 2016

Cabaran Serta Keseronakan Sebagai WAHM

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google


Assalamualaikum....

Independent SHAKLEE Distributor, Info, Jana Pendapatan, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE,

Diam tak diam sudah 3 tahun saya meninggalkan dunia pekerjaan dan hampir 4 tahun juga lah saya bersama Shaklee. Syukur Alhamdulillah walaupun tidak bekerja tetapi saya masih boleh memiliki pendapatan dari Shaklee setiap bulan.

Sebenarnya tiada istilah susah setelah saya memilih untuk menjana pendapatan sebagai WAHM. Apa yang penting kita perlu sentiasa berusaha dan jangan cepat patah semangat. Setiap pekerjaan memang akan ada cabaran tetapi di Shaklee keseronakan yang saya rasai sangat 'rilex' kerana kita yang menentukan berapa bonus yang kita inginkan setiap bulan. Ianya bergantung kepada usaha kita sendiri.

Independent SHAKLEE Distributor, Info, Jana Pendapatan, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE,


Namun begitu dalam menjalani rutin sebagai surirumah dan juga WAHM, saya perlulah pandai untuk seimbangkan masa antara kerja-kerja rumah dan pengurusan serta perkembangan kedai online saya.

Sebenarnya WAHM tidak sama seperti makan gaji di pejabat kerana di rumah banyak gangguan dan ianya memerlukan motivasi yang tinggi. Jadi kita hendaklah mengatasi setiap cabaran dengan kesabaran, kekuatan mental, fizikal dan jiwa serta hati yang kental, mesti ada displin dan yang penting pengurusan masa. 

Setiap orang memang akan berimpian begitu juga dengan saya. Jadi se
bagai WAHM, kita juga perlu sentiasa bangkit sebagai penggerak kepada perubahan sepertimana "if you can dream it, you can do it". 

Selain itu matlamat sebagai WAHM perlulah jelas. Contohnya ramai orang yang memulakan bisnes tanpa tujuan yang jelas. Kerana itu ramai peniaga online mahupun offline yang kecundang di awal hari. Banyak faktor yang menjadi penyebab kepada gagalnya sebuah perniagaan online. Kebanyakannya kerana tidak mampu memberi komitmen kepada perniaagan yang dijalankan. Harus diingatkan walaupun 'part-time' bukan bermaksud 'sambil-sambil' tapi mesti memperuntukkan sebahagian dari masa.

Oleh itu, apa yang penting adalah mempunyai minat yang mendalam, tekad untuk berubah dan selalu berfikiran positif pasti diiringi kejayaan. Apapun niat mestilah betul dan insyaAllah segalanya akan dipermudahkan. 

Ingin menjadi WAHM seperti saya???? 

Independent SHAKLEE Distributor, Info, Jana Pendapatan, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE,

No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign