Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Koleksi Jom Sihat Ceria
Assalamualaikum,
Apa khabar semua???? Semuga anda semua dalam keceriaan dan diberikan kesihatan untuk menjalani tugasan harian anda.

Sebenarnya hari ini saya terpanggil untuk kongsikan dengan pengunjung Blog JSC tentang Program Diet yang sedang saya ikuti iaitu Cabaran 100 hari kurus dan sihat.
Niat untuk kuruskan badan ini sebenarnya dari tahun lepas lagi. Sebab utama saya untuk kurus adalah disebabkan masalah sakit pinggang yang kronik dan telah beberapa kali menjalani "injection" steroid. Doktor juga ada menasihatkan supaya saya menurunkan berat badan.
Bermula dari situ, saya pun cuba untuk menurunkan berat badan secara sendirian tetapi malangnya usaha saya untuk mengurangkan berat badan tidak berhasil. Apa tidaknya tidak ada sebarang perancangan yang teratur dan yang utama saya tidak BERDISPLIN dalam mengawal pola permakanan saya.
Alhamdulillah pada awal tahun 2016, semangat untuk menurunkan berat badan semakin membara kerana beberapa rakan-rakan dari Group Whatsapp Leader-Leader Enermax iaitu group pengedar Shaklee dibawah naungan Master Farah ada mengutarakan rasa dan keinginan untuk menurunkan berat badan. Dari situ kami buat satu group Whatsapp yang di beri nama Slim & Fit Enermax. Di dalam whatsapp group itu kami berkongsi menu-menu diet, cara-cara "exercise" dan juga berkongsi pendapat tentang cara mengawal permakanan. Disamping itu saya ada mengamalkan suplemen Shaklee seperti Cinch Shake, Cinch Tea, Alfalfa Complex, Lecithin, Omega Guard dan Herb-Lax.
Memang seronok dan bersemangat bila ada perkembangan tentang diet masing-masing walaupun hanya dengan berwhatsapp saja. Saya sendiri dapat bezakan cara diet sendirian yang saya amalakan sebelum ini dengan diet berjemaah bersama rakan-rakan.
Opppssssss tunggu.....
Nak tahu kisah seterusnya tentang cabaran saya untuk kurus dan sihat???
Nantikan entri akan datang ya.
No comments:
Post a Comment
Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.