18 March 2016

Cabaran Untuk Kurus Dan Sihat (Part 2)

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Koleksi Mommy Iskandar & Koleksi Jom Sihat Ceria

Assalamualaikum....

Hai....bersua kembali di entri cabaran untuk kurus dan sihat. Seperti yang saya janjikan saya akan kongsikan cabaran saya untuk mencapai berat badan yang saya inginkan. Insya-allah.

Cabaran, Diet, Independent SHAKLEE Distributor, Info, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE, Resepi, Tips,

Sebenarnya saya rasa bertuah dan seronok berada di Group Enermax di bawah naungan Master Farah, selain dari perkongsian dan tunjuk ajar tentang cara untuk berjaya dalam Shaklee kami juga bagaikan satu keluarga kerana ada beberapa orang SID yang berada dalam group whatsapp itu ada misi lain iaitu untuk kurus dan sihat. 

Melalui group whatsapp slim & fit, kami juga mendapat support serta motivasi dari rakan-rakan yang menyertai group itu. Memang rasa satu kelainan bilamana saya jalani diet secara berjemaah walaupun di alam whatsapp. Sebenarnya antara kami ada yang tidak pernah bersua tetapi ukhwah yang kami jalinkan sangat rapat.

Setiap hari saya jalani cabaran saya dengan pola permakanan dan exersice yang disarankan oleh rakan-rakan dan ada juga saya merujuk kepada Majalah Rapi.  Diawal cabaran kami ada mengambil ukuran badan bagi mengetahui penurunan atau tidak. 

Alhamdulillah lebih kurang 2 minggu menjalani cabaran ini, saya dapat rasakan badan rasa ada pengurangan inci di beberapa bahagian serta berat dan yang menariknya saya boleh memakai baju kurung yang sebelum ini tidak boleh dipakai kerana ketat di bahagian pinggul.

Cabaran, Diet, Independent SHAKLEE Distributor, Info, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE, Resepi, Tips,

Selain di pinggul, saya perasan perubahan pada muka saya. Jika sebelum cabaran muka saya bulat dan tembam tetapi selepas 2 minggu bentuk muka saya kecil sedikit dan ada perubahan di bahagian dagu. Saya juga rasa badan saya ringan dan mudah untuk bergerak.

Dalam saya menjalani cabaran bersama-sama group slim & fit Enermax, ada salah seorang rakan kami sarankan untuk menyertai group whatsapp coaching online untuk kurus yang di kendalikan oleh seorang coach yang akan memantau kami untuk tempoh 100 hari cabaran kurus dan sihat.

Nak tahu sanggupkah saya sertai cabaran 100 hari kurus dan sihat. Tunggu entri selanjutnya.

Jumpa lagi ya.



No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign