19 March 2016

Cabaran Untuk Kurus Dan Sihat (Part 3)

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google

Assalamualaikum.....

Maaf kepada pengunjang yang menanti untuk mengetahui cabaran untuk kurus dan sihat dari saya. Al-maklumlah hari ini hari yang 'super busy' siapkan kelengkapan anak-anak untuk pulang ke asrama.

Tapi demi Blog kesayangan ini saya curi-curi luangkan masa kerana tidak mahu anda semua tertunggu untuk mengetahui sambungan cabaran untuk kurus dan sihat dari saya.

Selepas berfikir panjang, saya bersedia dan sanggup untuk menyertai Group Whatsapp Coaching Online dari Coach yang pengalaman supaya saya dapat di pantau dan di beri tunjuk ajar yang betul dan lebih sistematik darinya. Bayaran yang dikenakan juga berpatutan.

Saya memulakan cabaran untuk kurus dan sihat bersama Coach Online bermula awal Februari 2016. Seperti biasa sebelum sesi bermula, kami diminta untuk mengambil dan mengukur berat untuk melihat perkembangan dari masa ke semasa dengan cabaran 100 hari kurus dan sihat olehnya.

Di dalam group ini, kami diminta update setiap hari permakanan yang kami ambil atau makan setiap hari serta perlu melakukan senaman seperti 'Squat' dan 'Jumping Jack'. Kami perlu melakukan senaman mengikut jumlah yang disarankan oleh Coach dan setiap minggu bilangan kedua-dua senaman itu akan ditambah. Selain 2 senaman yang di tetapkan, kita juga boleh menambah senaman lain mengikut keupayaan kita.

Boleh ke saya turunkan berat badan dan juga mengurangkan inci badan saya. Ikuti entri seterusnya ya!

Okey lah, nak sambung kemaskan barang-barang anak lagi.

Jumpa di entri esok ya. 

No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign