21 March 2016

Cabaran Untuk Kurus Dan Sihat (Part 4)

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google

Assalamualaikum.....

Apa khabar ibu-ibu semua? Pasti ibu-ibu kembali sibuk dengan tugasan harian untuk anak-anak yang telah kembali ke sekolah setelah seminggu bercuti. Walau sesibuk manapun, ibu-ibu harus menjaga kesihatan dan permakanan ya. 

Seperti yang saya janjikan pada entri sebelum ini, saya akan terus berkongsi tentang cabaran untuk kurus dan sihat yang saya sertai bersama Group Whatsapp Coaching Online yang mengandungi 3 fasa.

Sebagaimana yang anda tahu pada Fasa 1 setiap hari kami akan update permakanan yang di ambil serta senaman yang dilakukan di dalam Group Whatsapp. Coach akan memberi respond dan komen tentang setiap update yang kita lakukan. Namun begitu pada minggu ke 2 di bulan Februari saya tidak dapat menjalani senaman yang disarankan oleh Coach atas sebab masalah sakit belakang yang saya hadapi. Jadi Coach telah menggantikan senaman squat dan jumping jacks kepada senaman lain seperti twist body dan senaman sambil baring. Alhamdulillah saya boleh melakukan senaman baru yang dicadangkan oleh Coach.

Diet, Cabaran, Info, Tips, Kongsi, Resepi, Produk SHAKLEE, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan,

Pada pertengahan bulan Februari, kami semua diminta untuk mengambil ukuran bagi melihat perkembangan setelah 15 hari berlalu dalam menjalani cabaran untuk kurus dan sihat ini. Alhamdulillah saya mendapati ada penurunan kg dari segi timbangan berat badan dan pengurangan inci di beberapa bahagian. Memang seronak bila dapat melihat perubahan selepas menjalani cabaran ini.

Sepanjang menjalani cabaran untuk kurus dan sihat ini di Fasa 1, saya perlu mengikut jadual, masa yang ditetapkan dan permakanan yang disarankan. Dalam cabaran untuk kurus dan sihat ini banyak perkara yang saya pelajari seperti displin dan semangat yang kuat, kena ada sasaran dan perancangan yang teliti serta pemantuan yang berterusan. Jadi bukan senang untuk turunkan berat badan tau!

Jika anda ada impian untuk mengurangkan berat badan pastikan anda boleh mengawal dan menahan segala dugaan sepanjang menjalani diet anda.

Ikuti artikel seterusnya cabaran untuk kurus dan sihat Fasa 2. Boleh saya jalani Fasa 2 dengan jayanya????

Tunggu ya!
   

No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign