22 March 2016

Cabaran Untuk Kurus Dan Sihat (Part 5)

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google

Assalamualaikum Semua....

Cabaran, Diet, Independent SHAKLEE Distributor, Info, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE, Tips, Resepi,

Cabaran untuk kurus dan sihat fasa 2 yang mengujakan. Kenapa???

Di fasa 2, seperti biasa saya perlu mengambil ukuran pada hari ke 30 dan hari ke 45. Alhamdulillah ada perubahan dari segi pengurangan inci tetapi dari segi penurunan berat agak mengecewakan kerana sedikit sahaja kg berkurang jika dibandingkan dengan penurunan berat di fasa 1. Insya-allah saya akan lebihkan 'work-out' untuk fasa 2 ini untuk memastikan pada hari pengukuran seterusnya akan mendapat perubahan dari segi kg.

Permulaan fasa 2 ini ada sedikit perubahan dari segi permakanan kerana kami telah DI DERA oleh Coach. Dimana kami di kehendaki untuk mengambil makanan yang tiada penggunaan karbohidrat dan gula (NC & NS) untuk 3 hari yang ditetapkan iaitu hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Selain itu juga untuk 3 hari yang di tetapkan ini kami akan bersarapan dengan jus ajaib 4in1. 

Cabaran, Diet, Independent SHAKLEE Distributor, Info, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE, Tips, Resepi,


Selain permakanan, untuk fasa 2 ini juga Coach telah menyediakan 'Video Exercise'. Dimana pada minggu pertama kami perlu melakukan 5 set 'Video Exercise' dan exercise ini akan ditambah setiap minggu. Kali pertama melihat video yang disediakan nampak macam senang tetapi bila saya sendiri melakukannya, memang penat dan peluh mencurah-curah.

Cabaran untuk kurus dan sihat untuk fasa 2 masih diteruskan dan insya-allah awal April nanti saya akan melangkah ke fasa ke 3. Untuk makluman anda semua, perjalanan saya untuk mendapatkan penurunan berat yang diinginkan masih panjang lagi, semuga saya istiqomah dalam menjalani cabaran ini tanpa sebarang halangan dan dugaan yang tidak diinginkan. Insya-allah setelah saya berjaya mencapai berat yang ideal, saya akan kongsikan dengan anda semua di blog ini. Tunggu ya dan rajin-rajinlah singgah untuk mengetahui update dari saya.

Cabaran, Diet, Independent SHAKLEE Distributor, Info, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE, Tips, Resepi,

opsssssss.....Sedikit kesimpulan tentang cabaran untuk kurus dan sihat ini dimana tidak ada perkara yang mudah dan senang untuk dicapaikan melainkan usaha, sabar, keyakinan, disiplin, semangat dan istiqomah. 

Jadi.....jangan mudah give-up!

Cabaran, Diet, Independent SHAKLEE Distributor, Info, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE, Tips, Resepi,


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign