Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google
Assalamualaikum.....

Selalunya bila bergelar surirumah sepenuh masa pasti ibu-ibu tidak ada masa untuk ke gym, yoga, berzumba, jogging atau aktiviti yang seangkatannya. Tambahan pula bagi ibu-ibu yang ada anak kecil terpaksa meninggalkan anak sejam dua semata-mata untuk menjalani aktiviti sebegini.
Anda tidak perlu risau, sebenarnya banyak aktiviti seharian yang anda lakukan di rumah sebagai surirumah juga boleh membantu membakar kalori dengan mudah dan senang tanpa perlu meninggalkan rumah dan peralatan yang khusus.
Mari kita sama-sama tengok apakah aktiviti di rumah yang boleh membakar kalori.

1. Mengemas rumah @ Kalori dibakar dalam satu jam : 238

2. Membasuh pinggan mangkuk @ Kalori dibakar dalam (1/2) setengah jam: 85

3. Mengemop lantai @ Kalori dibakar dalam (1/2) setengah jam : 119
4. Vakuum permaidani @ Kalori dibakar dalam satu jam : 238
5. Mendobi @ Kalori dibakar dalam satu jam : 68
6. Berkebun @ Kalori dibakar dalam satu jam : 272
Anda sudah mengetahuikan jumlah kalori yang boleh dibakar semasa anda melakukan kerja-kerja rumah yang boleh menyumbang kepada berat badan yang sihat. Oleh yang demikian anda haruslah bijak dalam memilih untuk menjaga berat badan atau tidak. Semuanya terpulang kepada anda.
Selain sebagai satu ibadah, kerja-kerja rumah juga boleh menjadikan anda sihat dan ceria dalam menjaga kesihatan yang dianugerahkan olehNYA. Insya-allah.
Semuga entri ini memberi manfaat untuk kita semua.
No comments:
Post a Comment
Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.