Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google
Assalamualaikum....
Terima kasih kerana sudi singgah di Blog Jom Sihat Ceria ini.
Semuga kita semua diberikan kesihatan serta kesejahteraan dan dilimpahkan rahmat olehNYA. Insya-allah.
Sempena hari Jumaat penghulu segala hari dan hari penuh keberkatan ini saya kongsikan kelebihan membaca surah Al-Khafi pada hari Jumaat. Saya yakin ramai yang sudah mengetahui tentang kelebihan surah Al-Kahfi ini, oleh itu mari kita sama-sama amalkan surah ini dan tidak semestinya dibacakan pada hari Jumaat saja ya.

Mari kita tengok dan baca beberapa potongan hadis serta kelebihan membaca Surah Al-Kahfi.
1. Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : ”Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
2. Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.”
[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
3. Imam Ahmad berkata : ”Daripada Abi Al-Darda’i, Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi, maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.”
[ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
4. Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : ”Sesiapa membaca awal dari surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”
[ Hadis Riwayat Ahmad ]
5. Daripada Abi Said Al Khudri berkata:”Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa.”

Ya Allah! Besarnya fadhilat membaca surah Al-Kahfi ini.
Alhamdulillah, saya sekarang juga setiap hari akan membaca surah Al-Khafi bersama rakan-rakan sebelum memulakan kelas mengaji.
Jadi, mari sama-sama kita berdoa agar allah membantu kita untuk terus istiqomah dengan amalan ini. Insya-allah.
No comments:
Post a comment
Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.