31 March 2016

Kenapa Urin Berwarna Kuning Selepas Mengambil B-Complex?

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google

Assalamualaikum Pengunjung Semua....

B-Complex, Produk SHAKLEE, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Info, Kongsi,


Ada beberapa pelanggan saya bertanya "Kenapa warna urinnya berwarna kuning cerah selepas mengambil suplemen B-Complex?" 

Sebenarnya adalah sangat normal apabila selepas mengambil vitamin yang mengandungi vitamin B, warna urin akan berubah menjadi kuning cerah. Kebiasaanya urin akan berwarna kuning pucat. 

Ini adalah kerana vitamin B merupakan vitamin larut air dan Riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan melalui air kencing dan mengeluarkan warna kuning cerah kepada urin.

Ia juga merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut.

Jadi anda tidak perlu risaukan. Namun begitu jika urin berwarna kuning gelap itu menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu meminum lebih banyak air.


Tahukah anda???

Terdapat 2 jenis vitamin iaitu vitamin larut air dan vitamin larut lemak. 

Vitamin larut air adalah terdiri daripada vitamin B dan C. Ini bermakna kesemua kumpulan vitamin B sama ada vitamin B1, B2, B3, B6, B12 dan Biotin adalah tergolong dalam kumpulan vitamin larut air. 
Kesemua vitamin larut air ini boleh larut di dalam air. 

Badan manusia perlu mengambil vitamin larut air ini (vitamin B dan C) setiap hari kerana badan tidak menghasilkan sendiri vitamin tersebut. Vitamin ini juga tidak disimpan di dalam badan. Kerana sifatnya yang larut air, lebihan vitamin ini akan dibuang daripada badan melalui urin.


Jadi, Perlukah mengambil vitamin B dan C setiap hari?

YA, perlu diambil setiap hari. 

Badan manusia hanya menyerap vitamin B dan C dalam kuantiti tertentu sahaja. Lebihan vitamin yang tidak diserap akan terus dibuang melalui air kencing. Ini kerana vitamin larut air tidak disimpan di dalam badan. Oleh sebab itu, kita perlu mengambil vitamin B dan C setiap hari untuk kesihatan yang optimum.

Manakala vitamin larut lemak pula terdiri daripada vitamin A, D, E dan K. Vitamin ini juga akan diserap oleh badan mengikut jumlah tertentu yang diperlukan. Lebihan vitamin ini tidak akan dibuang. Kerana sifatnya yang mampu untuk larut di dalam lemak, ianya akan disimpan untuk jangka masa yang panjang dan akan digunakan apabila badan memerlukannya.

Jadi, kita anda ingin produk Shaklee, jangan lupa hubungi saya ya di salah satu medium yang tertera dibawan.

Semuga entri ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda yang sedang mencari jawapan tentang urin berubah warna selepas mengamalkan B-Complex.

No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign