2 March 2016

Kesan Buruk Masalah Diabetes Jika Tidak Di Kawal

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google

Assalamualaikum Semua...

Apa perasaan anda bila melihat carta dibawah ini yang menunjukkan statistik pesakit diabetes @ kencing manis?

Kongsi, Produk SHAKLEE, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Info,


Carta diatas  menunjukkan peningkatan sebanyak 40% dalam masa 10 tahun jumlah pesakit diabetes @ kencing manis di negara ini.

Kongsi, Produk SHAKLEE, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Info,

Dari catatan akhbar di atas sejumlah 3.6 juta rakyat Malaysia atau 15% daripada rakyat Malaysia merupakan penghidap diabetes @ kencing manis, iaitu 1 dari 5 orang rakyat negara ini merupakan penghidap diabetes @ kencing manis.

Komplikasi dari Masalah Diabetes @ Kencing Manis

Tahukah anda fakta yang menakutkan, selalunya pesakit diabetes tidak akan mati disebabkan oleh paras gula tinggi atau sakit kencing manis. Tetapi ramai pesakit diabetes mati disebabkan oleh komplikasi diabetes. Antara komplikasi diabetes adalah:

Masalah mata

Mata meliputi beribu saraf dan penghidap diabetes mengalami keradangan saraf akibat dari kadar gula yang tinggi dalam darah. 

Terdapat 3 jenis komplikasi masalah mata yang dihadapi oleh penghidap diabetes iaitu katarak, glucoma dan retinopati diabetik.

Kongsi, Produk SHAKLEE, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Info,

Sakit buah pinggang

Diabetes yang tidak dikawal atau dirawat boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang penghidap diabetes. Apabila buah pinggang gagal untuk berfungsi, pesakit memerlukan rawatan hemodialisis dengan kos yang tinggi

Jika pemeriksaan awal dilakukan, kemungkinan penghidap diabetes dapat mengelakkan ianya terjadi.

60% pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis di negara ini merupakan pesakit diabetes.

Kongsi, Produk SHAKLEE, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Info,


Serangan jantung

Penyakit kardiovaskular adalah penyumbang utama kepada kematian penghidap diabetes. Dua pertiga dari penghidap diabetes menemui ajal disebabkan kegagalan jantung ataupun strok.

Kongsi, Produk SHAKLEE, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Info,

Amputation – kaki diabetes 

Ini berlaku apabila paras gula terlalu tinggi sehingga mengganggu sistem peredaran darah dan menyebabkan sel darah mati bermula dengan tapak kaki.

Kongsi, Produk SHAKLEE, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Info,


Anda telah mengetahui kesan buruk masalah diabetes @ kencing manis sekiranya pemeriksaan diabetes tidak dibuat secara kerap dan lebih awal. Jadi, jangan tunggu sehingga keadaan menjadi lebih buruk baru anda akan bertindak. Selain membuat pemeriksaan di klinik atau hospital, anda juga boleh membuat pemeriksaan dirumah sekiranya mempunyai peralatan lengkap.


Kongsi, Produk SHAKLEE, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Info,

Semuga perkongsian entri ini memberi manfaat kepada kita semua. Insya-allah.



No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign