26 March 2016

Kesilapan Ketika Berdiet

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google

Assalamualaikum.....

Diet, Cabaran, Tips, Info, Kongsi, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan,

Berdiet adalah salah satu pilihan untuk menurunkan berat badan bagi mendapatkan berat yang ideal. Namun begitu sering kali mereka yang berdiet secara sedar atau tidak sedar melakukan kesilapan.

Diet, Cabaran, Tips, Info, Kongsi, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan,

Antara beberapa kesilapannya :

1. Tidak Bersarapan - Sengaja tidak mengambil sarapan bagi mengurangkan pengambilan kalori. 

2. Kurang minum air masak - Jika kurang minum air boleh menyebabkan badan dehidrasi serta metabolisme tubuh menurun dan menyebabkan proses penurunan berat badan lebih lambat.

3. Kurang tidur - Jika seseorang itu kurang tidur, tubuh akan menghasilkan ghrelin atau hormon yang merangsang nafsu makan. Hormon tersebut boleh menyebabkan seseorang itu akan berasa lapar dan akan sering makan. Jadi pastikan anda mendapat tidur yang cukup sekurang-kurangnya 8 jam sehari bagi golongan dewasa.

4. Target yang tidak realistik - menetapkan penurunan berat yang tidak berasas dan sukar untuk dicapai. Ini akan menyebabkan anda cepat bosan jika tidak berhasil. Jadi tetapkan target yang mudah dan tidak menyeksa diri anda.

5. Banyak makan makanan segera - Mengikut satu kajian jangka masa panjang, orang yang mengambil makanan segera lebih dari 2 kali seminggu, bertambah berat 10 kg lebih banyak berbanding mereka yang hanya mengambil kurang dari sekali seminggu.

6. Sentiasa menimbang berat - Boleh menyebabkan mudah kecewa dan berputus asa.

Diet, Cabaran, Tips, Info, Kongsi, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan,

Jadi, jika anda sedang berdiet dan telah melakukan kesilapan-kesilapan diatas, jangan bertangguh dan cepatlah berubah untuk memperbaiki proses diet anda agar dapat mencapai berat yang anda inginkan.


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign