28 March 2016

Review Set Penjagaan Muka Nutriwhite Dan Enfuselle


Assalamualaikum,

Seperti yang saya janji di artikel terdahulu, hari ini saya akan kongsikan review tentang Set Penjagaan muka yang saya guna setiap hari iaitu gabungan Nutriwhite dan Enfuselle.

Antara gabungan produk Nutriwhite dan Enfuselle untuk kegunaan harian saya ialah :-
  • NutriWhite Gentle Deep Foaming Cleanser
  • Enfuselle Hydrating Toner
  • Enfuselle Hydrating Moisturizer
  • Nutriwhite Gentle Action Make-up Remover (Baru 2 bulan menggunakannya)


Alhamdulillah, sepanjang saya menggunakan Set Penjagaan Muka Nutriwhite dan Enfuselle saya tidak menghadapi sebarang masalah kulit wajah. Malahan jika ada jerawat nak tumbuh pun malu-malu dan jika tumbuh pun mudah kecut dan sangat berbaloi serta jimat wang dengan penggunaannya yang sedikit dan tahan lama. 

Sebenarnya selepas mencuci muka dengan Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleaner, kulit akan rasa bersih, lembut dan segar. Hanya picit sedikit saja tetapi banyak buihnya. Yang best bagi anda yang nak kulit putih, set Nutriwhite ini juga membantu memutihkan kulit wajah kerana ia mengandungi 16 nutrien semulajadi untuk kulit. Best tau!!!

So selepas jatuh cinta dengan Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleaner, saya mencuba pula Enfuselle Hydrating Toner dan Hydrating Moisturizer. Hasilnya juga tidak mengecewakan saya, dimana kulit akan rasa sangat segar, lembap dan lembut. Hydrating Toner ini sangat-sangat membantu membersih sisa-sisa kotoran yang tertinggal pada muka jika tidak dicuci dengan betul. Manakala Hydrating Moisturizer memang melembapkan dan menyegarkan kulit wajah saya. 

Sebulan dua ini saya terjebak pula dengan Nutriwhite Gentle Action Make-up Remover kerana feedback positif dari rakan-rakan yang telah mencubanya. Nutriwhite Gentle Action Make-up Remover ini membersihkan kotoran degil dan black head diwajah dengan cara menggosok lembut dan akan mengeluarkan sel-sel kering (sel mati). Selepas itu anda akan dapat rasai kulit wajah licin dan halus.

Oh ya....mungkin ada yang keliru tentang Nutriwhite Gentle Action Make-up Remover pasti untuk orang yang memakai 'make-up' saja kan. Sebenarnya saya tidak pakai 'make-up' pun tetapi saya suka menggunakannya kerana kulit muka kita ini sentiasa terdedah kepada bermacam kotoran, tidak kita melalui udara, air, produk kosmetik mahupun sentuhan. Oleh itu, selain menggunakan pencuci muka kita seeloknya juga menggunakkan make-up remover untuk membersihkan kotoran-kotoran yang terlekat pada kulit wajah. Jika kotoran ini melekat kedalam pori-pori tanpa dibersihkan akan memudahkan jerawat timbul.

My review tentang set yang saya gunakan???? Apa yang dapat saya simpulkan Set Penjagaan Muka Nutriwhite dan Enfuselle adalah setanding dengan produk BERJENAMA yang pernah saya cuba sebelum ini (ini pandangan peribadi saya ya). Yang bestnya sangat menjimatkan dan tahan lama. Satu investment yang terbaloi untuk penjagaan wajah.

Alhamdulillah, kebanyakan pengguna yang mencuba set Nutriwhite atau Enfuselle akan terus setia dengan produk ini termasuklah saya kerana kandungannya semulajadi dan selmat. Insya-allah. 

So macam mana? Anda teruja untuk bertukar kepada Set Penjagaan Nutriwhite atau Enfuselle? Jangan segan-segan untuk hubungi saya. Tidak perlu risau, anda tidak perlu dapatkan set penjagaan lengkap jika ada kekangan bajet. Dengan set basic pun tidak akan mengecewakan anda. 

Cuba dulu baru dapat hasilnya!



No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign