7 March 2016

Tips Mengurangkan Angin Dalam Badan

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google

Assalamualaikum & Selamat Tengahari Semua!


Independent SHAKLEE Distributor, Info, Pengedar Shaklee Kuantan, Peppermint-Ginger, Petua, Produk SHAKLEE, Tips,

Pernah tak anda alami sendawa yang berpanjangan, kembung perut, keadaan badan tidak selesa, rasa sebu perut, mual dan ada kalanya sakit kepala. Itu adalah tanda-tanda lebihan angin atau gas dalam badan yang menjengkelkan.


Bagaimana untuk atasi masalah angin dalam badan ini?

Mungkin ada sesetengah orang mengamalkan tips-tips berikut untuk mengurangkan angin dalam badan.


  • Kawal pemakanan dan elak makan terlalu banyak makanan ringan serta air berkarbonat.
  • Dapatkan ubat perangsang aktiviti usus di farmasi untuk melancarkan aliran darah dan membersihkan usus.
  • Lebihkan pengambilan sayur-sayuran, makanan berzat serta buah-buahan.
  • Bersenam dan berurut untuk mengurangkan masalah stres.
  • Jangan makan dengan laju kerana anda menelan udara dengan lebih banyak. Kunyah makanan dengan betul agar makanan yang tiba di usus mudah dicerna dan dihadam.
  • Elak mengunyah gula getah dan kurangkan tabiat merokok.
  • Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan bergoreng kerana ia mengambil masa yang lama untuk hadam. Ini menyebabkan gas terkumpul dalam perut.
  • Amalkan makan dengan jumlah yang sedikit namun kerap supaya perut tidak kosong dan rasa lapar.

Petua Tradisional

Selain dari cara diatas, ada juga mencuba petua-petua tradisional bagi menghilangkan ketidakselesaan perut akibat angin dalam badan dengan bahan-bahan yang mudah didapati.

Antaranya :


Cara 1: Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan dengan halba rebus setengah cawan. Kemudian, campurkan sedikit madu asli dan kacau sehingga sebati dan minum. Amalkan setiap hari.

Cara 2: Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.

Cara 3: Ambil 5 ulas bawang putih dan bakar tetapi jangan sampai hangus. Kemudian, makanlah bawang tersebut. Hasilnya, angin dalam badan akan keluar.

Cara 4: Rebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka. Minum air tersebut setelah suam. Lebih elok diamalkan selepas memakan nasi.


Atasi Dengan Peppermint-Ginger Plus

Sebelum ini saya pun memang selalu menghadapi ketidakselesaan perut, selalu sendawa dan tidak boleh silap makan disebabkan angin berlebihan dalam badan. Memang akan ke klinik untuk dapatkan ubat angin samada yang kemam ataupun meminum ubat yang putih berangin bagi mengurangkan masalah angin yang saya alami.

Alhamdulillah selepas saya mencuba Peppermint-Ginger Plus dari Shaklee masalah angin dalam badan saya dapat diatasi. Lagipun Peppermint-Ginger Plus ini mudah untuk di ambil kerana ia berbentuk "tablets" serta senang untuk disimpan. Sehingga hari ini saya masih amalkan Peppermint-Ginger Plus.

Merawat masalah angin

Antara manfaat lain Pepppermint-Ginger Plus.

Independent SHAKLEE Distributor, Info, Pengedar Shaklee Kuantan, Peppermint-Ginger, Petua, Produk SHAKLEE, Tips,

Jadi bagi anda yang mengalami angin dalam badan, boleh untuk cuba amalkan  Peppermint-Ginger Plus ini. 



No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign