16 March 2016

Vivix Tonik Ajaib Shaklee

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google, Koleksi Album Hj Roslan Ghazali


Assalamualaikum...

Independent SHAKLEE Distributor, Info, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE, Testimoni, Testimoni Vivix, Vivix,



Bila sebut Vivix Shaklee ramai akan kata, mahal lah. Tapi tahukah anda barang mahal selalu elok dan baikkan! 

Bak kata pepatah "Tak kenal maka tak cinta". Jadi pepatah inilah yang paling sesuai dan tepat buat Vivix tonik ajaib Shaklee yang menjadi dambaan sesiapa sahaja yang pernah mencuba produk terbaik Shaklee ini. Dengan isipadu 150ml tetapi sangat pekat dan penuh dengan khasiat, walaupun hanya 1 sudu teh sehari sudah memadai.


Independent SHAKLEE Distributor, Info, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE, Testimoni, Testimoni Vivix, Vivix,


Vivix tonik ajaib Shaklee juga mampu mengawal serta mengubati banyak penyakit kronik dengan izin dariNYA.


tetapi......

Tahukah anda?

Vivix mengandungi campuran resveratrol dan phytonutrient proprietari. Campuran phytonutrient ini menggunakan sifat antioksida yang kuat pada anggur Muscadine yang unik dan terbukti 10 kali lebih berkuasa dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular berbanding resveratrol tunggal.


Anggur Muscadine adalah salah satu anggur yang paling jarang ditemui, paling mujarab, dengan profil unik polifenol yang menawarkan beberapa manfaat kesihatan. Tidak seperti anggur lain, anggur muscadine dibanggakan dengan keunggulan kepekatan ellagitannins dan asid ellagic yang apabila digabungkan dengan polifenol anggur muscadine lain, akan menghasilkan antioksidan yang berkuasa yang besar. Anggur Muscadine juga boleh hidup di dalam persekitaran yang mencabar kerana profil fenoliknya menyediakan perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, yis, kemarau, lembapan lebihan, dan suhu keterlaluan, manakala anggur lain adalah lebih lemah dalam persekitaran sebegitu.

Polifenol adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan sekumpulan fitonutrien yang mempunyai faedah antioksidan dan berpotensi memberi kesan dalam perlindungan terhadap penuaan selular. Malah, kajian menunjukkan bahawa polifenol mungkin menimbulkan pelbagai kesan biologi sekaligus memberi ketahanan dan penambahbaikan terhadap tahap kesihatan manusia.


Independent SHAKLEE Distributor, Info, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE, Testimoni, Testimoni Vivix, Vivix,


Resveratrol adalah sebatian antioksidan semulajadi yang terdapat dalam sesetengah tumbuhan, biji benih, dan buah-buahan, termasuk anggur dan produk dari anggur seperti wain merah. Resveratrol adalah polifenol yang telah didapati berpotensi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan dalam kajian makmal dari seluruh dunia. Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh melambatkan penuaan selular dan boleh mengaktifkan pengawalselia genetik jangka hayat selular yang lebih panjang, yang mungkin mempunyai kesan positif terhadap DNA, kesihatan selular, dan kadar metabolisme.

Vivix menyediakan 100mg resveratrol setiap hidangan. Ekstrak resveratrol mempunyai kandungan resveratrol semula jadi sebanyak 98%, dan jumlah resveratrol dalam Vivix adalah berpandukan oleh kajian saintifik terbaru yang dijalankan. Vivix adalah menjangkaui resveratrol kerana ia menggabungkan campuran polifenol tambahan yang diperolehi dari anggur muscadine. Kajian makmal mendapati bahawa campuran yang masih menunggu kelulusan paten ini adalah 10 kali lebih berkuasa daripada resveratrol.

Sekarang anda sudah mengetahui kandungan yang ada dalam Vivix dan juga kenapa vivix menjadi pilihan mereka yang mengamalkannya.

Adakah anda masih berfikir untuk melaburkan duit anda untuk membeli Vivix? Segalanya di pilihan anda. Jangan kata saya tidak kongsikan kelebihan dan kebaikan Vivix kepada anda.

Jika ada bersedia untuk mencuba vivix tonik ajaib Shaklee ini, jangan malu atau segan untuk hubungi saya. Konsultasi PERCUMA untuk anda yang membeli dari kami......

Semuga anda sentiasa sihat dan ceria selalu.....

Klik SINI untuk testimoni Vivix

Jumpa di entri akan datang......Insya-allah.

No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign