9 April 2016

Akhirnya Dapat Apa Yang Diidamkan

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google

Assalamualaikum & Salam Keceriaan Buat Semua....

Sudah lama saya ingin berkongsi dengan pengunjung Blog Jom Sihat Ceria tetapi masa tidak mengizinkan. Sebenarnya hati saya sangat berbunga-bunga kerana apa yang saya idamkan telah menjadi kenyataan. Rasanya sudah lama saya tidak berikan "Reward" untuk diri sendiri dari hasil usaha duit bonus Shaklee. Last saya "reward" untuk diri sendiri pada bulan Disember 2015, dimana ketika itu saya membeli beberapa helai tudung Ariani. 

Independent SHAKLEE Distributor, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Rewards, Jana Pendapatan, Keistimewaan SHAKLEE, Rewards, Wish,

Alhamdulillah 2 - 3 bulan ini, ada peningkatan "sale" untuk produk Shaklee dan rasanya sesuailah untuk saya peruntukkan sedikit bonus Shaklee untuk berikan "reward" pada diri sendiri. Lama juga berfikir, apa yang dibelikan untuk "reward" kan diri sendiri kali ini. Sedang berfikir dan mencari apa barang untuk di beli, entah macam mana ada "new feed" di Facebook tentang telekung untuk solat. 

Selepas itu, terus teringat rasanya sudah lama saya tidak membeli telekung. Last saya beli telekung ketika bercuti di Vietnam pada 2013. Sebenarnya saya sangat suka dengan telekung dari Vietnam disebabkan keselesaan dipakai dan saiznya yang besar (ini pendapat saya lah). 

Dari situ, saya google tengok telekung yang berada di pasaran ketika ini. Ternampaklah telekung Siti Khadijah, telekung Al-Kauthar dan beberapa lagi. Entah macam mana rasa macam berminat untuk beli telekung Al-Kauthar kerana beberapa cirinya yang menarik perhatian saya.

Saya berhubung dengan adik kepada abang ipar saya, dimana dia adalah pengedar telekung Al-Kauthar di Kuantan. Selepas itu, dia datang kerumah dan membawa beberapa jenis telekung Al-Kauthar serta menerangkan satu persatu tentang telekung Al-Kauthar.

Setelah melihat dan mencuba setiap jenis telekung Al-Kauthar, saya memilih untuk mengambil 2 pasang telekung Sulam Kasih dan sepasang telekung Cinta Agung. Sebenarnya telekung Sulam Kasih itu, sepasang untuk saya dan sepasang lagi untuk anak perempuan saya. Manakala sepasang lagi iaitu telekung Cinta Agung untuk saya juga. 

Selain membeli telekung Al-Kauthar, saya ada juga membeli sepasang telekung Siti Khadtijah untuk dihadiahkan kepada emak saya. Bukan saya tak nak belikan telekung Al-Kauthar untuk emak saya tetapi emak sudah pun miliki telekung Al-Kauthar sebelum ini. 

Independent SHAKLEE Distributor, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Rewards, Jana Pendapatan, Keistimewaan SHAKLEE, Rewards, Wish,


Independent SHAKLEE Distributor, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Rewards, Jana Pendapatan, Keistimewaan SHAKLEE, Rewards, Wish,

Independent SHAKLEE Distributor, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Rewards, Jana Pendapatan, Keistimewaan SHAKLEE, Rewards, Wish,

Syukur sangat kerana selain dapat "reward"kan untuk diri sendiri, saya juga dapat berkongsi rezeki dengan anak perempuan dan emak saya hasil dari bonus Shaklee.

Anda pun boleh juga menikmati bonus dari Shaklee. Nak tahu bagaimana???? Hubungi saya untuk penerangan terperinci.


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign