8 April 2016

Kelebihan Surah Al-Mulk

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google

Assalamualaikum,


Agama, Produk SHAKLEE, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Info, Kongsi,

Surah ini menyelamatkan daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

Imam Muhammad Al-Baqir (sa): “Bacalah surah Al-Mulk, kerana surah ini menjadi penyelamat dari siksa kubur.”

Subhanallah, oleh itu mari kita sama-sama istiqomah membaca dan menghafal surah Al Mulk ini…Insya-allah.

** Alhamdulillah saya juga dalam proses untuk menghafal surah Al Mulk ini, semuga diberikan kemudahan dan diterangkan hati untuk membaca dan menghafalnya. Insya-allah. 


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign