7 April 2016

Ketahui 6 Punca Suplemen Yang Diambil Tetapi Tidak Berkesan

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google

Assalamualaikum Semua,

"kenapa saya ambil suplemen slimming tetapi tidak kurus pun""anak saya tiada perubahan walaupun sudah ambil suplemen untuk tambahkan seleranya"

Seringkali saya diajukan oleh beberapa pelanggan dengan pertanyaan seperti di atas. Sebenarnya anda tidak boleh salahkan suplemen tidak berkesan tetapi anda perlu tanya diri anda sendiri, adakah anda mengambil suplemen mengikut apa yang disarankan oleh pengedar anda.

Oleh itu, saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi dengan anda beberapa perkara yang perlu di titik-beratkan ketika mengamalkan suplemen agar pengambilan suplemen berkesan. Insya-allah.

Info, Kongsi, Produk SHAKLEE, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Krisis Pemulihan,

1. Kurang meminum air kosong 
Tubuh kita memerlukan air yang mencukupi untuk membolehkan proses penyerapan suplemen secara berkesan. Ramai yang mengalami masalah minum air kosong lebih-lebih lagi dengan kekangan kerja dan ramai yang lebih suka minum air manis. Untuk pengetahuan semua, air manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Oleh itu sila kurangkanlah meminum air manis.

2. Tidak Konsisten Mengambil Suplemen
Ramai yang ingin mendapatkan kesan dengan drastik setelah mengambil suplemen tetapi mereka tidak mengambil suplemen secara konsisten dan jadual pengambilan yang betul. 

Tahukah anda? Tubuh kita memerlukan sekurang-kurangnya 90 - 120 hari untuk mendapatkan kesan yang terbaik dari pengambilan suplemen. Kesan suplemen terhadap seseorang juga berbeza, ada segelintir pengguna akan cepat dapat melihat kesan tetapi ada juga pengguna yang lambat. Jadi anda harus bersabar dan pastikan konsisten dalam pengambilan suplemen.

3. Elakkan mengambil suplemen secara serentak
Jika kita mengambil semua suplemen secara serentak dalam satu masa, ini akan meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan selepas itu kita kurang meminum air. 

Jadi cuba agih-agihkan pengambilan suplemen mengikut kesesuaian dan keperluan agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu-satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang kita tidak terlalu dibebani pada satu masa tertentu sahaja. Sekiranya anda bercadang untuk makan sekaligus pastikan anda mengambil air kosong secukupnya sebelum waktu tidur.

4. Elakkan mengambil ubat-ubatan bersama suplemen 
Jika anda dalam pemantauan doktor disebabkan masalah kesihatan, jadi elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan suplemen kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap suplemen dengan baik. Sekiranya anda perlu memakan ubat secara berturutan maka ambil suplemen selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

5. Kurangkan pengambilan kafein
Tahukah anda pengambilan kafein boleh merosakkan suplemen yang sedia ada dalam badan. Dengan pengambilan minuman yang berkafein tinggi secara berterusan ianya boleh membazirkan suplemen yang diambil selama ini.

6. Pantang larang pengambilan suplemen 
Elakkan mengambil multivitamin bersama susu kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Selain itu vitamin E dan GLA tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.

Okey, sekarang anda sudah mengetahui punca yang boleh menyebabkan suplemen yang anda makan tidak berfungsi atau berkesan seperti apa yang anda harapkan. 

Oleh itu ubahlah gaya dan cara pemakanan anda untuk kesan yang optimum. Jika tidak sia-sia sahaja suplemen atau makanan tambahan yang anda makan. 

Jadi, bermula hari ini cubalah ubah cara pengambilan suplemen yang betul!!!


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign