Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google
Assalamualaikum,
Hai apa khabar semua? Mohon maaf kerana saya tidak sempat untuk bersiaran di blog Jom Sihat Ceria ini semalam kerana kesuntukan masa menyelesaikan barang-barang untuk anak di asrama.

Hari ini saya akan berkongsi tentang suplemen yang tidak sesuai di ambil oleh ibu hamil. Nak tahu apakah suplemen-suplemen itu?
Mari kita tengok dan sila elakkan suplemen-suplemen dibawah ketika hamil.
Antara suplemen yang tidak boleh di ambil ketika hamil :-
- Vita-E Complex
- Carotomax
- GLA Complex
- Vivix
- Nutriferon
- Zink
Namun begitu ibu-ibu hamil boleh mengambil suplemen yang tidak menyebabkan pengaktifan interferon iaitu sesuatu yang bertindak meningkatkan sistem antibodi ibu. Ini kerana bila kehamilan berlaku, secara automatik sistem antibodi ibu akan menjadi rendah bagi membolehkan perkembangan bayi.
Antara suplemen asas yang boleh diambil ketika hamil samada ketika trismeter pertama atau kedua adalah :-
- Vitalea @ Multivitamin
- B-Complex @ Vitamin B
- SR Vita-C @ Vitamin C
- Ostematrix
- ESP
Bagaimana pula dengan Omega Guard? Ianya sesuai diambil ketika kandungan telah memasuki Trismeter Kedua. Namun boleh dihentikan pengambilan ketika hampir bersalin dan boleh diambil semula selepas sebulan bersalin.
Ada juga pertanyaan dari customer tentang Alfalfa Complex? Boleh atau tidak diambil ketika hamil?
Jika nak tahu? Boleh hubungi pengedar anda untuk mengetahui bila masa yang dibolehkan dan berapa biji pengambilan disarankan.
Semuga entri ini menjadi panduan kepada ibu-ibu muda yang sedang hamil yang ingin mengetahui suplemen yang sesuai dan tidak sesuai di ambil ketika hamil.
Happy sharing!
No comments:
Post a comment
Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.