3 April 2016

Ketahui Kebaikan Teh Hijau Untuk Kesihatan

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google 



Assalamualaikum,


Siapa suka minum teh hijau? Atau mungkin anda memang penggemar tegar teh hijau? Sebenarnya minuman teh hijau ini memang baik untuk kesihatan. Oleh itu mari tengok apakah kebaikan minuman teh hijau ini.





Image result for khasiat teh hijau untuk kesehatan




1. Berat Badan.

Teh hijau dapat meningkatkan metabolisme badan. Kandungan polifenol yang terdapat di dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan tahap pengoksidaan lemak atau dalam bahasa mudahnya pemprosesan lemak. Selain daripada itu makanan yang di makan akan lebih cepat ditukar dalam bentuk kalori.

2. Penyakit Diabetes.

Teh hijau membantu mengawal paras glukosa di dalam badan darah serta mengawal paras insulin. Jika kandungan gula di dalam darah yang berlebihan boleh menyebabkan penyimpanan lemak.

3. Penyakit jantung

Para saintis berpendapat, teh hijau menjaga saluran darah lebih stabil dan lancar untuk mengawal tekanan darah. Apabila saluran darah berjalan dengan lancar makan risiko saluran darah tersumbat yang menjadi punca utama serangan jantung boleh dielakkan

4. Kanser

Oleh kerana kandungan anti oksidan di dalam teh hijau tinggi, ianya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh hijau berupaya untuk membunuh sel kanser dan melindungi sel sihat.

5.Kolesterol

Teh hijau dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol jahat dan meningkat tahap kolestrol baik di dalam badan. Jadi tahap kolestrol di dalam badan lebih terjaga.

6.Alzheimer dan Parkinson.

Teh hijau dikatakan mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson. Terdapat kajian yang dilakukan ke atas tikus, menunjukkan bahawa teh hijau dapat melindungi sel-sel otak daripada mata dan memulihkan sel-sel otak yang telah rosak.

7. Kerosakan gigi.

Terdapat kajian yang menunjukkan kandungan antioksidan kimia ‘Catechin’ di dalam teh jijau bolehmemusnahkan bakteria dan virus yang menjadi punca jangkitan tekak, kerosakan gigi dan masalah gigi yang lain

8.Tekanan darah.

Pengambilan teh hijau juga dipercayai boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

9. Kemurungan.

Kandungan asid amino semula jadi iaitu ‘Theanine’ di dalam daun teh dianggap boleh memberikan kesan tenangkepada peminum teh.

10. Anti -virus dan anti -bakteria.

‘Catechin’ di dalam teh adalah sejenis agen antibakteria dan antivirus yang kuat untuk merawat serta menghalang penyebaran pelbagai penyakit termasuk kanser.

11. Penjagaan kulit.

Kandungan antioksida dan antiradang di dalam teh hijau dapat membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan kedutan pada wajah.

Sumber: Lifehack.org


Tahukah anda Shaklee juga ada minuman teh yang dikenali dengan Cinch Energy Tea Mix.

Cinch Tea Mix, Independent SHAKLEE Distributor, Info, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE,



Cinch Energy Tea Mix adalah teh kesihatan yang membantu membekalkan tenaga berpanjangan. Ianya senang dan mudah untuk disediakan. Cuma masukkan serbuk Cinch tea yang tidak bergula ini dan bancuhkan dengan air suam/sejuk. Jika suka boleh juga masukkan hirisan lemon. Memang best!


Kebaikan Cinch Energy Tea Mix

- Penggalak TENAGA semulajadi.
- Ditambah dengan TAURINA - meningkatkan tenaga dan ketahanan badan.
- Pilihan ALTERNATIF terbaik menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh.
- Tanpa Gluten, Tanpa perisa, pewarna dan bahan pemanis TIRUAN.


KENAPA pilih Cinch Energy Tea Mix?

1. Selamat, peningkatan tenaga semulajadi. Diminum secara panas atau sejuk. 
2. Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
3. Peningkatan tenaga segera.
4. Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan
5. Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

Jika anda ingin mencuba Cinch Energy Tea Mix, cepat-cepat hubungi saya untuk pertanyaan dan pembelian. 

Jom rasai sendiri Cinch Energy Tea Mix ini sebelum terlambat.


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign