13 April 2016

Mengapakah Perlu Minum Air Lebih Apabila Mengamalkan Suplemen

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google

Assalamualaikum Pengunjung JSC Semua!

"Pastikan minum air lebih ya!".



Inilah pesanan yang selalu saya ingatkan kepada pelanggan kami setiap kali mereka membeli suplemen Shaklee dari saya.


Tahukah anda? 

Setiap orang yang mengambil suplemen (tidak kira apa jenis suplemen) adalah dinasihatkan meminum air yang banyak, sekurang-kurangnya 3L sehari. 

Kenapa perlu begitu banyak air? Terutama mereka yang mengamalkan suplemen untuk meningkatkan pengeluaran susu.

Kenapa kena minum air banyak? Bukankah nak banyakkan susu memang kena minum banyak air? Kalau sudah minum banyak air kenapa perlu ambil suplemen lagi?


Antara fakta-fakta yang perlu anda ketahui ialah :-

1. Suplemen semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Jadi air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.

2. Pengambilan suplemen adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau sesudu gula dalam sebiji cawan dan sesenduk gula. Satu senduk gula pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag.

3. Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren. Berapa banyak air dalam 7 biji oren tu?

Oleh itu, dinasihakan kepada pelangan kami apabila mengambil suplemen Shaklee, pengambilan air mestilah ditambah atau melebihi kadar biasa. Biasanya kami mencadangkan 3L air sehari. 


Tahukah anda apakah kepentingan meminum air selain dari meningkatkan metabolisme badan kita? 

Mari kita tengok kepentingan meminum air kepada badan kita.

1) Dapat mencegah dehidrasi yang membawa kepada keletihan dan sakit kepala

2) Membantu menangani masalah stress kerana air mengandungi oksigen yang banyak dan diperlukan dalam tubuh badan untuk memerangkap perasaan negatif dan menukarkannya kepada positif.

3) Mengelakkan dari masalah sembelit

4) Membantu melawan penyakit kerana air terdapat dalam limfa-sejenis cecair yang termasuk di dalam sistem imun badan.

5) Membantu membuang toksik dan zat-zat yang tidak di perlukan oleh badan melalui urine.

6) Membantu penyerapan zat dari vitamin B dan C dengan baik dan menyingkirkan lebihan zat yang tidak diperlukan oleh badan melalui urine.

7) Rahsia awet muda kerana ia dapat menghindari terjadinya kerutan pada kulit dan kulit akan sentiasa lembap.


Oleh itu pengambilan air bukan saja-saja bila anda mengamalkan suplemen. Pastikan minum melebihi 3L sehari. Jangan risau jika anda kerap rasa nak ke tandas. Ia adalah proses yang baik untuk kita kekal sihat.

Jadi, mulai hari ini minumlah air secukupnya, agar kebaikan suplemen yang anda ambil dapat dioptimumkan sebaiknya. Insya-allah.


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign