17 April 2016

Periuk Noxxa Hadiah Dari En. Suami

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google, Koleksi Jom Sihat Ceria


Salam Hujung Minggu Semua,

Buat apa tu? Mesti sibuk berkemas kan bagi ibu-ibu yang bekerja kerana hari minggu lah masa yang ada untuk selesai kerja-kerja rumah yang tertangguh. Walaupun sesibuk mana pun kesihatan perlu diutamakan ya.

Hari ini saya ingin berkongsi kegembiraan dengan pembaca setia Blog Jom Sihat Ceria. Alhamdulillah akhirnya periuk yang saya inginkan telahpun jadi kenyataan. Terima kasih buat En. Suami kerana hadiahkan periuk serbaguna Noxxa dari Amway kepada saya.

Tadaaaa inilah periuk Noxxa dari Amway.


Gift, Independent SHAKLEE Distributor, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Wish, Rewards, Produk Amway, Resepi,

Sebenarnya saya memang sudah lama nak dapatkan periuk ini tapi dipendamkan saja keinginan untuk membelinya kerana takut membazir pula. Tetapi kalau sudah tertulis memang rezeki, alhamdulillah dapat juga akhirnya.

Ini adalah kisah disebalik bagaimana En. Suami boleh hadiah periuk Noxxa kepada saya. 

Jom layan citer dibawah ini.......

Ceritanya begini, bulan lepas saya ada beritahu En. Suami tentang water filter dirumah sudah lama dan perlu ditukarkan. En. Suami minta saya 'survey' brand apa yang elok dan mudah untuk disenggarakan. Dalam masa saya tengah survey, ada pula rakan En. Suami di office 'promote' water filter dari Amway. Setelah diteliti, tengok kelebihan dan 'compare'kan dengan beberapa brand lain. Saya bersetuju untuk beli water filter dari Amway iaitu eSpring.


Gift, Independent SHAKLEE Distributor, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Wish, Rewards, Produk Amway, Resepi,

* Selain menggunakan water filter epsring, saya  juga menggunakan filter air di luar rumah dan juga Get Clean Water Pitcher Shaklee yang mudah untuk dibawa kemana-mana. Ini disebabkan kualiti air kawasan tempat saya yang kurang memuaskan.  


Setelah bersetuju untuk order eSpring, jadi rakan En. Suami pun datang kerumah untuk memasang water filter eSpring dan menerangkan penggunaannya disamping menceritakan beberapa lagi produk Amway. Sambil melihat 'catalog' tertiba ternampak periuk Noxxa. Saya pun saja-saja bertanya "berapa RM harga periuk Noxxa ni?"

Rakan En. Suami pun memberitahu harga dan saya pun beritahu En. Suami, "dah lama saya nak periuk ni sebab fungsinya multifunction". Macam best je periuk Noxxa ni, kalau ada senang kerja memasak. 

Setelah diterangkan kelebihan periuk Noxxa ini, En. Suami tanya "awak nak ke periuk Noxxa tu?" Macam biasalah, saya reply kalau nak belikan, memang nak lah......hihihi....En. Suami cakap nantilah dia beritahu rakannya nak order periuk Noxxa tu. Alhamdulillah, syukur....

Dan petang semalam rakan En. Suami datang menghantar periuk Noxxa serta menerangkan cara pengguna dan penjagaan periuk Noxxa. Terima kasih buat En. Suami.

Malam tu, saya layan En. 'google' mencari resepi menggunakan periuk Noxxa. Dan inilah hasil percubaan menggunakan periuk Noxxa. Bukannya 1 resepi telah di cuba tetapi 3 resepi yang terlaksana. Memang cepat dan mudah kerja mem"baking".

Mari kita tengok apa hasil resepi yang berjaya di hasilkan.


Gift, Independent SHAKLEE Distributor, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Wish, Rewards, Produk Amway, Resepi,

** resepi-resepi diatas diambil dari SINI. Credit kepada empunya.

Alhamdulillah, dapat juga bekalkan Kek Marble untuk anak balik ke asrama. Insya-allah akan datang akan mencuba resepi-resepi lain dengan menggunakan periuk Noxxa.

Memang best dan senang dengan periuk Noxxa ini. 

*** Mood mem"baking" sudah datang.....hehehe.....


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign