14 April 2016

Suplemen Bukan Ubat

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google

Assalamualaikum,

Suplemen ni ubatkan?

Sering kali pelanggan akan bertanya beberapa soalan seperti : 

"Perlu ke saya ambil ambil suplemen? Saya bukannya sakit".
"Kenapa nak bersusah payah untuk telan suplemen, pergi je jumpa doktor jika tidak sihat?"
"Boleh sembuh ke sakit kalau makan suplemen?".

Sebenarnya ramai yang beranggapan ubat dan suplemen adalah sama. Walhal anggapan itu sebenarnya SALAH. Ubat dan suplemen adalah 2 benda yang berlainan dan berbeza.

Mari kita tengok perbezaan antara UBAT dan SUPLEMAN.

UBAT

Info, Kongsi, Produk SHAKLEE, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan,

  • Ubat akan bertindak dengan pantas, sebab itulah ramai yang sakit akan bergantung pada ubat.
  • Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit tetapi bukan punca sakit tersebut.
  • Pengambilannya haruslah secara terkawal bagi menghalang pengambilan secara berlebihan.
  • Orang yang lebih tua biasanya memerlukan ubat dalam kuantiti lebih sedikit kerana mereka mudah mendapat kesan sampingan yang serius berbanding orang yang lebih muda.

SUPLEMEN

Info, Kongsi, Produk SHAKLEE, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan,

  • Suplemen penting kepada tubuh badan.
  • Tidak menimbulkan kesan sampingan berpanjangan. Kesan sampingan selepas pengambilan suplemen dipanggil HEALING CRISIS, iaitu proses penyembuhan dan bersifat sementara. 
  • Bertindak lebih baik.
  • Sesuai diambil bersama makanan untuk kesan optimum.
  • Sentiasa SELAMAT.
  • Kesan pengambilan suplemen mungkin lambat kerana suplemen bertindak perlahan-lahan dalam jangkamasa yang panjang. Ini kerana suplemen bukan ubat!
  • Mampu bantu merawat punca penyakit.
  • Tidak memerlukan kawalan ketat sepertimana jika mengambil ubat-ubatan.
  • Bagi golongan berusia, mereka memerlukan lebih banyak suplemen kerana faktor usia menjadikan kekurangan nutrien dalam badan.

Kesimpulan yang dapat dikongsikan ialah ubat hanya diambil apabila sakit sahaja, manakala suplemen boleh diambil pada bila-bila masa. Yang penting, minumlah air yang banyak semasa pengambilan suplemen ini.

Sesungguhnya mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

Jadi, Pilihan di tangan anda!

Berminat untuk dapatkan atau mencuba suplemen Shaklee? Hubungi saya disalah satu medium dibawah.





No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign