21 April 2016

Tahukah Anda Pentingnya Omega 3?

Teks : Zaridah Hj Hashim 
Image : Carian Google, Koleksi Enermax Group

Assalamualaikum Semua!

Tahukah anda Omega 3 adalah asid lemak esensial yang tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh dan banyak kepentingan kepada kesihatan.

Omega Guard, Produk SHAKLEE, Info, Kongsi, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Promosi,


Apa itu Omega 3?

Omega 3 adalah dari jenis lemak tak tepu yang merupakan nutrisi luar biasa untuk melawan dan mencegah penyakit. Lemak ini sangat bermanfaat dan sangat diperlukan oleh tubuh. Terdapat 3 jenis asid lemak dari Omega 3 yang terdiri daripada ALA (asid alfa linolenat), EPA (asid eicosapentaenoic) dan DHA (asid docosahexaenoic).

Omega 3 sebenarnya banyak memberi manfaat kesihatan terutama untuk orang dewasa, kanak-kanak, wanita hamil dan orang yang sedang menderita penyakit. 

Berikut dikongsikan beberapa manfaat yang akan anda perolehi dengan pengambilan omega 3.
  • Membantu masalah mudah lupa –  Hal ini telah terbukti secara ilmiah bahawa Omega 3 dapat membantu meningkatkan memori untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.
  • Mencegah penyakit jantung  -  Penelitian menunjukkan bahawa Omega 3 dapat mencegah penyakit jantung dan  penyakit lain yang berhubungan dengan jantung. Ini kerana ia dapat menurunkan risiko aritmia (detak jantung yang abnormal) dan juga tekanan darah tinggi.
  • Menurunkan kadar kolesterol yang tinggi.
  • Omega 3 sangat baik untuk kesihatan mata dan penglihatan secara umum, kerana Omega 3 merupakan komponen utama dari retina.
  •  Membantu mengurangi depresi. Ini mungkin bermanfaat bagi orang-orang yang mengalami depresi ringan.
  • Mengurangi risiko pembekuan darah -  Omega 3 memiliki sifat antikoagulan yang mempengaruhi kemampuan trombosit untuk membekukan darah, sehingga peredaran darah menjadi lancar dan juga terhindar dari penyumbatan pembuluh darah yang mengakibatkan strok.
  • Untuk wanita hamil - telah terbukti bahawa Omega 3 sangat penting dalam perkembangan kesihatan mental dan fizikal pada bayi .
  • Omega 3 dapat mengurangkan sakit ketika datang haid.
  • Omega 3 memiliki sifat anti-inflamasi dan juga bermanfaat untuk penyakit asma dan radang sendi.
  • Omega 3 sangat baik untuk meningkatkan kesihatan anak secara keseluruhan dan perkembangan mental dan fizikal. Hal ini terbukti bahwa anak-anak yang mengkonsumsi Omega 3 sebagai suplemen memiliki kemampuan baca yang lebih baik.
  • Omega 3 juga dapat mencegah penyakit Alzheimer.
  • Membantu mengurangkan masalah alergi.
  • Bermanfaat untuk pesakit diabetes - Sebuah studi penelitian menunjukkan Omega 3 dapat menurunkan trigliserida dan apoproteins, dan tidak ada kesan sampingan pada kontrol glisemik.
  • Sebuah penelitian yang cermat menunjukkan bahwa pasangan yang sedang merancang untuk mendapatkan bayi atau sedang hamil atau sedang menyusu, disarankan untuk mengambil Omega 3 bagi membantu pertumbuhan bayi lebih cepat.
  • Omega 3 juga berperana dalam meningkatkan penyerapan vitamin  larut lemak, seperti vitamin A, D, E dan vitamin K. Vitamin tersebut diperlukan oleh tubuh kita untuk melawan infeksi, menjaga kesihatan mata dan kulit, sirkulasi jantung, pembekuan darah dan  tulang.
     
     Peringatan : 

     Walaupun banyak manfaat yang di perolehi dari Omega 3 tetapi harus diingatkan, pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya masalah pendarahan kerana Omega 3 merupakan agen anti pembekuan.
 
    Dengan kata lain, kalau diambil terlalu banyak boleh menyebabkan darah kita lambat membeku. Ini sangat bahaya jika berlaku pendarahan. Jadi, untuk mengambil sesuatu makanan kesihatan, perlulah kita ambil secara berilmu, jangan kita mengambilnya sesuka hati tanpa mengetahui risiko yang perlu kita tanggung jika diambil secara berlebihan.


    Nak cuba minyak ikan Shaklee, Omega Guard? Hubungi saya ya! Bulan April ini ada promosi. Jangan lambat ya, nanti melepas promosi ni.


Omega Guard, Produk SHAKLEE, Info, Kongsi, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Promosi,

                   


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign