24 May 2016

Berakhir Sudah Sakit Gigi!

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google

Salam Semua.....

Aduhhhhhh sakitnya gigi!


Kisahku, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Kongsi, Produk SHAKLEE,


Sebenarnya sudah berbulan gigi geraham atas ini pecah tampalan. Kalau nak pergi jumpa doktor periksa gigi, ada saja hal yang tidak boleh dielakkan. Akhirnya diri sendiri yang menanggung kesakitan.

Namun sejak seminggu yang lalu kesakitan berulang dan tidak tertahan rasanya. Kebetulan Jumaat lepas En. Suami cuti, jadi selepas Jumaat dengan paksa rela terpaksalah pergi berjumpa doktor gigi.

Setelah di periksa, doktor memberitahu masalah gigi dan boleh memilih 1 dari 2 alternatif yang dicadangkan iaitu :

1. cabut gigi yang sakit atau 

2. menjalani rawatan akar pada gigi tersebut.

Tapi sebelum menjalani apa-apa pilihan yang dicadangkan, perlu mengambil antibiotik untuk 3 hari dan ambil ubat tahan sakit. Selepas 3 hari datang semula ke klinik untuk menjalani rawatan yang di pilih.

Selepas habis mengambil antibiotik yang dibekalkan dan berfikir rawatan yang sesuai, maka saya ke klinik untuk menjalani rawatan pergigian.

Apa agak-agaknya pilihan rawatan yang bakal saya jalani??????

Cuba teka????

Kisahku, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Kongsi, Produk SHAKLEE,


Sebenarnya sebelum memberi kebenaran untuk doktor mencabut gigi geraham saya, saya masih lagi tidak ada jawapan untuk masalah gigi saya. Nak cabut ke nak buat rawatan akar????? Keliru juga.

Kalau buat rawatan akar, kosnya agak tinggi juga dan perlu 2 atau 3 kali lagi berulang ke klinik untuk rawatan susulan. 

Jadi, setelah mendapat penerangan dari doktor dan dipertimbangkan saya setuju untuk cabut je gigi dan tidak perlu lagi nak ulang-alik ke klinik gigi lagi. 

Maka hari ini dengan rasminya terhapus sudah sebatang gigi geraham saya. huhuhu sedihnya....

Insya-allah untuk sebatang lagi geraham yang ada masalah, saya rancang untuk jalani rawatan akar.

Kisahku, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Kongsi, Produk SHAKLEE,


Biasalah lepas cabut gigi kan, seksanya proses nak hentikan pendarahan. Oleh itu, balik saja dari klinik saya terus cari En. Google dan dapatkan tips untuk hentikan darah selepas cabut gigi.

Antara tips yang saya dapat :

1)  Jangan kerap berkumur (pembantu klinik memang ada ingatkan)
2) Letakkan 'gauze' ditempat gigi yang dicabut dalam 2 jam (tapi saya tidak selesa dan tukar 'gauze' beberapa kali)
3)  Berkumur secara perlahan dengan air sejuk peti ais

Ini sajalah tips yang saya dapat dan saya buat. Jadi saya kongsikan kepada sesiapa yang jarang atau tak pernah cabut gigi. Memang pengalaman cabut gigi ini tidak selesa serta merimaskan. Terasa banyak je air liur.

Jadi, nasihat saya kepada anda semua 'jagalah gigi anda' ya dan amalkan kalsium. Bukan macam saya, baru sekarang ada kesedaran amalkan kalsium Ostematrix dari Shaklee, dulu-dulu tak ambil kisah dan tak minum susu.

Ingat ya jangan jadi macam saya!

Kalau nak order Ostematrix, boleh hubungi saya ya.


Kisahku, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Kongsi, Produk SHAKLEE,



No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign