11 May 2016

Bilakah Waktu Pengambilan Suplemen Yang Sesuai?

Teks : Zaridah Hj Hashim
Imaga : Carian Google

Assalamualaikum!

"Kak, boleh terangkan waktu yang sesuai untuk ambil suplemen? Boleh ke suplemen di ambil pada bila-bila masa dan bolehkah suplemen di ambil semasa perut kosong?"

Berikut adalah pertanyaan yang sering diajukan oleh pelanggan yang pertama kali mencuba atau membeli produk Shaklee.

Jadi, bagi membantu dan mengelakkan sebarang kekeliruan, saya kongsikan panduan dibawah.


Produk SHAKLEE, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Info, Kongsi, Tips,




Untuk mengamalkan sesuatu suplemen itu, di kongsikan panduan ini bagi memastikan anda mendapatkan kesan yang diharapkan. Insya-allah. Jom baca! Jangan skip baca tau.

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

OSTEMATRIX (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

LECITHIN : Diambil bersama-sama vitamin larut lemak lain.


APA YANG TIDAK DIGALAKKAN

1. JANGAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.

2. JANGAN Mengambil suplemen zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

3. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu SELEPAS MAKAN bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

Sekiranya anda merasakan adalah praktik anda mengambil suplemen sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.

Selamat mengamalkan suplemen dan semuga entri ini membantu anda!!


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign