27 May 2016

Jalinan Silaturrahim Untuk Eratkan Ukhwah

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Koleksi Peribadi, Carian Google


Wish, Kisahku, Pengedar Shaklee Kuantan, Independent SHAKLEE Distributor, Jana Pendapatan,

Alhamdulillah diberikan nafas untuk menikmati kesihatan dan kehidupan olehNYA untuk bertemu lagi Jumaat ini. 

Ya Allah, bersyukur dapat melihat keindahan ciptaanNYA lagi. 

Ya Allah, ampunkan dosaku, peliharalah nafsuku, tetapkan pendirianku, tanamkan sifat-sifat mahmudah dalam diriku serta semuga sentiasa tergolong di kalangan golongan yang KAU redhai dan berkati. Aamiin.

Syukur kerana sepanjang bulan ini aktiviti pagi saya di penuhi dengan aktiviti jalinan silaturrahin dan mengeratkan ukhwah sesama rakan-rakan group mengaji pagi dengan majlis bacaan Yassin dan tahlil yang di jalankan secara bergilir-gilir dari rumah ke rumah dengan rakan-rakan selain mengikut kelas mengaji setiap hari.

Sukar untuk saya terjemahkan perasaan saya ini dengan kata-kata tetapi suratan yang telah di tuliskan olehNYA untuk saya adalah terbaik antara yang terbaik.

Syukur kepadaNYA dipertemukan dengan seorang Ustazah yang boleh mengajar, memperbetulkan dan menerangkan bacaan Al-Quran dengan baik serta sempurna mengikut hukum-hukum yang betul.

Selain bacaan Al-Quran, kami juga diajar zikir-zikir, doa-doa dan surah-surah yang boleh diamalkan selalu.

Doakan semuga saya di berikan kesihatan untuk terus mempelajari dan mengamalkan apa yang di pelajari. Doakan saya ya!

Wish, Kisahku, Pengedar Shaklee Kuantan, Independent SHAKLEE Distributor, Jana Pendapatan,

Menjalin silaturrahim - Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya, maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya."

(Riwayat Bukhari)



No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign