10 June 2016

Ketahui Khasiat Kurma

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google

Salam Jumaat yang indah!

Alhamdullillah syukur kepadaNYA kerana dapat lagi bertemu dengan hari Jumaat penghulu segala hari ini. Semuga kita terus diberikan peluang untuk menikmati Jumaat yang seterusnya. Insya-allah.

Hari ini 10 Jun 2016 bersamaan 5 Ramadhan 1437 H merupakan hari kelima umat islam menjalani ibadah berpuasa. Alhamdulillah.

Agama, Kongsi, Info, Info Sihat, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan,

Kebiasaanya bila bulan Ramadhan secara ironinya kita umat Islam tidak dapat dipisahkan dengan kurma iaitu buah kegemaran Rasulullah. Ianya pasti terjual di mana-mana sahaja pada bulan Ramadhan terutamanya pasaraya serta bazaar Ramadhan.

Tahukah anda?

Buah hebat ini mempunyai pelbagai khasiat. Ketahui khasiat kurma buat kita semua seperti memberi tenaga segera kepada kita, kaya dengan serat dan potassium, menajamkan ingatan, penawar racun, mengubati penyakit usus mahupun sembelit dan pelbagai lagi jika kita kerap mengamalkan pemakanan buah ini.

Jadi, anda sudah ketahui khasiat kurma yang sememangnya banyak khasiat. Jangan lupa amalkan memakan kurma tidak kira di bulan Ramadhan atau bulan-bulan lain.

Semuga anda diberikan kesihatan yang baik olehNYA untuk terus menjalani ibadah puasa ini. Insya-allah.

Selamat berpuasa dari saya.

*Nak dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya ya!

No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign