4 June 2016

Meal Shakes Bukan Untuk Kanak-Kanak Sahaja

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google

Assalamualaikum ibu-ibu semua,

Betul ke Meal Shakes bukan untuk kanak-kanak sahaja???


Mealshake, Produk SHAKLEE, Info, Kongsi, Promosi, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan,


Ya, memang betul!!! 

Meal Shakes bukan untuk kanak-kanak sahaja, malahan orang dewasa juga boleh mengambilnya tetapi dengan sukatan yang berbeza. 

Contohnya sukatan pengambilan Meal Shakes adalah seperti saiz baju. Cuba anda perhatikan, sudah semestinya orang dewasa akan memakai baju saiz besar dan kanak-kanak pula akan memakai baju saiz kecil mengikut kesesuaian masing-masing. Betul tak???? Cuba anda bayangkan orang dewasa memakai baju kanak-kanak? Sesuai tak? Tentulah tidak kan. Serupa jugalah dengan sukatan pengambilan Meal Shakes perlulah disesuaikan mengikut usia agar mendapat manfaat yang sepatutnya.

Sebagai seorang ibu kepada anak-anak remaja, saya juga memberikan mereka menikmati minuman Meal Shakes ini terutama ketika waktu sahur. Dengan rasa Vanilla yang sedap dan boleh dicampurkan dengan milo membuatkan anak-anak saya tidak boleh meninggalkan minuman Meal Shakes ketika bersahur.  

Meal Shakes ini adalah multivitamin dalam bentuk susu yang terdiri 19 vitamin dan mineral, kaya dengan kalsium dan protein. Ia juga mengandungi 240 kalori dalam setiap sajian dan merupakan makanan segera yang rendah lemak, rendah-glycemic. Maknanya ia membuatkan tidak mudah lapar, beri tenaga secara berterusan selain mengandungi fiber. Ini menjadikan Meal Shakes bukan untuk kanak-kanak sahaja kerana ianya juga pilihan untuk golongan dewasa untuk menikmatinya.

Jadi sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba dan juga promosi Meal Shakes bulan ini, apa kata anda rebut peluang promosi ini dan hidangkan minuman berkhasiat ini untuk seisi keluarga anda. Ingat ya Meal Shakes bukan untuk kanak-kanak sahaja tau.

Anda nak dapatkan Meal Shakes untuk keluarga anda dan mengetahui cara pengambilan yang betul? Hubungi saya ya!


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign