5 June 2016

Panduan Diet Ketika Berpuasa

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google

Salam Hujung Minggu Untuk Semua!

Marhaban Ya Ramadhan


Apakah anda bersedia untuk menjalani ibadah puasa esok? Jom dapatkan panduan diet ketika berpuasa di sini.



Info, Kongsi, Agama, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Tips,


Kebiasaanya ketika bulan Ramadhan atau berpuasa, ramai yang akan mengambil kesempatan untuk meneruskan diet mereka. Namun begitu, disebabkan pelbagai menu yang terhidang boleh membuatkan diet mereka gagal kerana tidak dapat mengawal nafsu makan. Insya-allah dengan meneruskan diet di bulan yang penuh keberkatan ini, selain memperoleh pahala yang banyak, ternyata juga boleh memberikan kesihatan yang baik kepada tubuh kita.

Tetapi bagaimana untuk mendapatkan panduan diet ketika berpuasa agar diet yang kita lakukan tidak gagal?

Mesti peningkan memikirkan panduan diet ketika berpuasa yang betul kan?

Anda tidak perlu susah-susah lagi, entri ini saya kongsikan dengan anda bagaimana panduan diet ketika berpuasa.

Mari kita tengok satu persatu panduan diet ketika berpuasa.

1. Memperbanyakkan makanan yang bertenaga

Pengambilan makanan yang memberikan tenaga sangat penting untuk membekalkan tenaga pada badan. Oleh itu ambillah makanan yang kaya dengan sumber protein serta mempunyai lemak tetapi DIINGATKAN dengan kuantiti yang sedikit.

2. Mengurangkan makanan berkanji

Kanji adalah antara sumber yang memberikan tenaga kepada badan. Ianya mampu menyumbang kepada kegemukan seseorang jika diambil secara berlebihan terutama jika anda ambil di dalam tiga jam sebelum tidur. Oleh itu, kawal kandungan kanji di dalam makanan anda ya!

3. Meminimumkan pengambilan gula

Sentiasa mengawasi kandungan gula di dalam makanan anda, terutama yang terdapat di dalam kuih muih serta minuman. Kandungan gula yang berlebihan di dalam makanan bukan sahaja membuatkan berat cepat badan naik. Bahkan boleh memberikan kesan kepada kesihatan seperti penyakit kencing manis dan lain-lain lagi.

4. Minum banyak air

Air juga sumber untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan agar sentiasa bermaya ketika puasa. Oleh itu perbanyakkan meminum air kosong ketika bersahur dan berbuka puasa. Minumlah sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

5. Mengawal nafsu makan

Kawal nafsu makan adalah kunci paling penting untuk diet di bulan puasa. Antara hikmah berpuasa pada bulan Ramadan, kita dikehendaki mengawal segala nafsu, termasuk nafsu makan dan minum pada siang hari.

Setelah seharian berpuasa, pastilah anda memiliki nafsu makan yang begitu besar untuk melampiaskan rasa lapar tersebut. Oleh sebab itulah, anda harus bijak mengawal diri sewaktu berbuka puasa.

6. Melakukan senaman ringan

Melakukan senaman adalah satu cara untuk diet bulan puasa. Berpuasa bukan alasan atau halangan untuk anda terus bersenam. Menjelang waktu berbuka, cuba luangkann sedikit masa untuk melakukan senaman ringan walaupun badan terasa malas dan letih.


Kesimpulan

Apa yang boleh dikongsikan dari panduan diet ketika berpuasa diatas, berdiet ketika bulan puasa adalah masa yang paling sesuai untuk anda mulakan diet serta mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Disamping menggelakkan daripada membazir ketika bulan Ramadhan kerana ia adalah amalan syaitan. Selain itu, perbanyakkan juga ibadat kepada Allah kerana ia adalah bulan ‘bonus’ kepada kita sebagai umat Islam.

Akhir Kallam, selamat menyambut Ramadan untuk semua.

Info, Kongsi, Agama, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Tips,


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign