3 June 2016

Persediaan Menyambut Bulan Ramadhan

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google

Salam Jumaat yang barakah buat semua!

Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan


Hari ini merupakan Jumaat yang terakhir sebelum menjelang bulan Ramadhan. Jadi sebagai persediaan menyambut bulan ramadhan, saya kongsikan beberapa 'checklist' untuk persediaan diri saya sendiri dan juga sahabat-sahabat semua.

Agama, Info, Kongsi, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan,

Adakah anda sudah mempunyai persediaan menyambut bulan Ramadhan yang bakal menjelma 2 hari lagi? 

Antara persediaan menyambut bulan Ramadhan :-
  • menjaga kesihatan sebaik mungkin agar tidak terlepas peluang menjalani dan melakukan ibadat;
  • membaca semula niat puasa dan pengertian berpuasa, perkara-perkara yang membatalkan puasa agar puasa tidak menjadi sia-sia
  • menanam keazaman dengan penuh ikhlas untuk menjalani dengan amal ibadah
  • memperbanyakkan melakukan amalan-amalan sunat seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu mereka yang kesusahan
  • beringat untuk sentiasa menjaga lidah dari berkata-kata yang tidak bermanfaat
  • mujahadah untuk bangun malam

Semuga perkongsian persediaan menyambut bulan Ramadhan ini memberi manfaat kepada kita semua. Insya-allah.

Marilah kita sama-sama merebut peluang ini dan tidak sia-siakan peluang untuk kali ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun di atas segala kesilapan yang saya lakukan sama ada dari tutur kata, perbuatan serta teguran yang menyinggung perasaan sahabat-sahabat semua.

Semuga sahabat-sahabat semua dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna dan dipenuhi dengan amal ibadah. Insya-allah.

Salam sayang dari saya! 


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign