6 June 2016

Ramadhan Datang Lagi!

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google

Assalamualaikum,

Ramadhan datang lagi, Ahlan wa Sahlan!




Sedar tak sedar Ramadhan datang lagi. Bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatanseta bulan yang penuh pengampunan. Bulan yang merantai dan membelengu iblis. Tetapi membebas dan melepaskan umat manusia dari azab dan siksa.

Semuga Ramadhan kali ini menjadikan Ramadhan yang lebih baik dari sebelumnya. Oleh itu marilah kita sama-sama memakmurkannya dengan memperbanyakkan dengan amalan soleh - solat wajib 5 waktu + solat-solat sunat (Tarawih-Witir-Dhuha-dan lain-lain), zikrullah setiap masa, bertilawah/tadabbur Al-Quran secara tartil (khatam 30 juzuk,insyaAllah), banyakkan sadaqah.

Bukan bermakna Ramadhan ialah bulan mengerjakan kebaikan, dan bulan-bulan lain itu bulan mengerjakan kemaksiatan. Tetapi Ramadhan adalah bulan yang mana penambahan amal kebaikan itu sangat menguntungkan. Malah keuntungannya berlipat kali ganda melebihi kepatutan.

Ramadhan ini juga ibarat bursa saham. Yang mana saham yang dijual didalamnya telah dijamin keuntungan yang berganda-ganda. Teragak-agak lagikah kita untuk melipat gandakan perlaburan kita didalam bursa saham yang telah dijamin ini. Dan yang menjaminnya adalah Allah sendiri kerana pastikan anda dengan Ramadhan akan datang.

No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign