17 June 2016

Tawakal

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google

Salam Jumaat Semua!

Tiada hari seindah Jumaat, tiada kata seindah zikir, tiada ibadah seindah solat, tiada bulan seindah Ramadhan. Sambutlah salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua.


Agama, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Kongsi, Info,


Nabi Muhammad S.A.W. pernah bertanya kepada Malaikat Jibrail, maksud tawakal kepada Allah S.W.T. dan apa batasnya?

Malaikat Jibrail berkata:
"Tawakal adalah suatu kesedaran bahawa seluruh makhluk tidak mendatangkan sebarang mudarat atau manfaat kepadamu, tidak memberi atau mengambil sesuatu darimu, dan engkau tidak menggantungkan sebarang harapan kepada mereka.

Apabila seorang hamba Allah memiliki sifat demikian, dia tidak akan melakukan sesuatu melainkan kerana Allah S.W.T. semata-mata, tidak akan berharap atau takut kepada sesuatu melainkan kepada Allah S.W.T. semata-mata, dan dia tidak akan menaruh harapan kepada siapa pun kecuali kepada Allah S.W.T. semata-mata. Itulah yang disebut sebagai tawakal".

Besar kecilnya tawakal seseorang kepada Allah S.W.T. sangat bergantung kepada kepercayaannya kepada Allah S.W.T.

Apabila rasa percayanya kepada Allah sangat kecil, maka sikap tawakal kepadaNya juga akan sangat sedikit.

Dan apabila rasa percayanya kepada Allah S.W.T. amat tinggi, maka sikap tawakalnya kepada Allah juga akan sangat tinggi.

Oleh yang demikian, selepas ini pastikan diri kita tidak meletakkan pengharapan dalam niat dan tindakan untuk memastikan diri kita betul-betul tawakal. Insya-allah.


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign