3 August 2016

Rahsia Di Sebalik Doa

Teks : Zaridah Hj Hashim


KISAH SI PENJUAL TAUHU

Ada seorang penjual tauhu yang setiap hari dia menjual dagangannya ke pasar. Untuk sampai ke pasar, ia perlu naik kenderaan awam.

Manakala untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui pematang sawah.

Setiap pagi dia selalu berdoa kepada Tuhan agar dagangannya habis dijual

Begitulah setiap hari, sebelum berangkat berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang. Dagangannya selalu habis.

Suatu hari, ketika dia melalui sawah hendak menuju jalan raya untuk naik kenderaan awam, tiba-tiba dia terjatuh ke dalam sawah.
 
Habis semua tauhu jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Bukan sahaja untung, modal pun habis. 

Dia mengeluh kepada Tuhan, bahkan "menyalahkan" Tuhan, mengapa dia diberi cubaan seperti ini? Padahal dia selalu berdoa setiap pagi.

Akhirnya dia pun pulang tidak jadi berniaga hari itu.

Tapi dua jam kemudian dia mendengar khabar, bahwa kenderaan yang disewanya setiap hari pada pagi berkenaan telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban! 

Hanya dia satu-satunya penumpang yang terselamat, semua adalah disebabkan tauhunya jatuh ke sawah, sehingga ia tidak jadi untuk berniaga pada hari itu dan membawa semua tauhu-tauhunya yang sudah rosak dan kemek.

Tetapi pada sebelah petang pula, ada seorang penternak itik telah mencari dia dan hendak membeli tauhu untuk makanan itik tetapi yang anehnya penternak itik itu mencari tauhu yg rosak atau hancur kerana ia hanya untuk dicampurkan dan dimakan oleh itik sahaja.

Spontan penternak itu menangis kerana tauhunya yang rosak hendak dibeli semuanya oleh peternak itik itu.

PENGAJARAN dari cerita diatas.

Doa tidak harus dimakbulkan sesuai dengan permintaan, tapi kadangkala ia diganti oleh Tuhan dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada yang diminta.

Tuhan Maha Mengetahui keperluan kita, dibandingkan diri kita sendiri.

Karena itu, janganlah jemu berdoa, juga jangan sekali mengeluh, apalagi mengutuk! 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu 
padahal ia amat buruk bagimu. 
Tuhan mengetahui, sedang manusia tidak mengetahui”.

“Jika Tuhan menjawab doamu, Ia sedang menambahkan imanmu. Jika Ia menundanya, Ia sedang menambahkan kesabaranmu. Jika Ia tidak menjawab doamu, Ia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.” —

Semoga hari ini dan hari hari selanjutnya kita semua selalu dalam lindungan serta keberkahan-Nya..

C&P

No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign