22 August 2016

Tips Untuk Sihat Dan Awet Muda Secara Semulajadi


Teks : Zaridah Hj Hashim

Image : Carian Google

Salam Sejahtera Pembaca Semua!  
Semuga anda sihat selalu.

Independent SHAKLEE Distributor, Info, Info Sihat, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE, Tips, Ostematrix, Promosi,

Setiap hari Isnin pasti ada yang mengeluh, namun begitu bukan semua yang berperangai begitu hanya sebilangan sahajakan. Mana taknya hujung minggu lah dapat berehat bersama keluarga dan membuat aktiviti yang disukai dan melupai seketika dari rutin kerja harian di pejabat. Apapun yang anda lakukan, pastikan kesihatan anda sentiasa di jaga agar sihat dan awet muda selalu.

Dengan kesihatan yang baik juga membolehkan anda kekal cergas dan bersemangat serta seronok untuk melakukan rutin harian anda.  Kesihatan yang baik juga satu pelaburan jangka masa panjang untuk anda nikmati bersama keluarga.

Bagi memastikan anda kekal sihat setiap masa, cubalah amalkan tips untuk sihat dan awet muda secara semulajadi ini.

Antara tipsnya :
1. Jangan Stress - elakkan perasaan marah yang mudah membawa kepada stress;

2. Aktiviti Berjalan - banyakkan senaman berjalan bagi menguatkan otot-otot kaki;

3. Banyakkan Sayuran - belilah dan makan sayuran dan buah-buahan segar yang baik untuk kesihatan;

4. Minum Teh Hijau - minum teh hijau akan kelihatan lebih muda 5 tahun kerana zat catechins yang terdapat dalam teh hijau memberikan kekuatan pada tubuh untuk melawan pelbagai penyakit;

5. Luahkan Perasaan -  ianya dapat mengurangkan stress dan membantu meningkatkatkan ketahanan badan;

6. Amalkan Vitamin D - berfungsi membantu menurunkan tekanan darah, meningkatkan ketahanan badan dan melindungi dari penyakit jantung dan kanser. Anda boleh amalkan Ostematrix Shaklee  yang mengandungi Vitamin D.

Cubalah dan amalkan tips mudah ini.  Semuga tips untuk sihat dan awet muda secara semulajadi ini dapat membantu anda kekal sihat selalu. Insya-allah.

Nak cuba Ostematrix ke?  

Bulan ini ada promosi 5% diskaun dengan setiap pembelian 2 botol Ostematrix. 

Hubungi saya di talian 014-8243610 ya. Konsultasi PERCUMA menanti anda.



No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign