8 September 2016

My Shaklee Effect

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Koleksi Peribadi



Assalamualaikum,

My Shaklee Effect? Apa dah jadi? 

o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o

Inilah hasilnya!

Buat pertama kalinya hakak kongsikan 'My Shaklee Effect' pada diri hakak. Alhamdulillah 
sepanjang 4 tahun hakak mengenali produk Shaklee telah banyak perubahaan yang hakak sendiri alami. 

Hakak suka sangat dengan perubahaan yang di rasai dan antara 'My Shaklee Effect' nya :

- pada muka : kulit muka jadi lebih cerah, lembut, tona sekata, tiada lagi 'white & black head', parut dan jeragat makin pudar serta tidak perlu make-up tebal, tidak berminyak dan yang bestnya Miss "J" sudah jarang singgah di muka.

- pada kulit : kulit terasa lebih lembut, halus dan lembap 

- pada kesihatan : tiada lagi migraine dan gastrik, tidak alah pada seafood, tidak perlu ambil 'pain-killer'', tidak stress, dapat tingkatkan sistem imun dari mudah terkena demam serta selsema,  tiada lagi sengguggut, tiada lagi sembelit dan juga dapat mengurangkan berat badan.


Alfalfa, B-Complex, Cinch Tea Mix, GLA Complex, Herb-Lax, Kongsi, Lecithin, Ostematrix, Pengedar Shaklee Kuantan, Peppermint-Ginger, Performance Drink, Produk SHAKLEE, Shaklee Effect, Vita-C, Vita-E,

Hakak mula mengenali Shaklee pada 2012 disebabkan ketika itu hakak ada masalah kebas-kebas tangan dan kaki. Antara suplemen yang mula-mula hakak cuba ialah B-Complex, Vita-E Complex dan Ostematrix. Walaupun tidak pulih sepenuhnya tetapi dengan izinNYA hakak rasai perubahan pada masalah yang hakak hadapi dan sehingga kini hakak masih mengamalkan ketiga suplemen ini.

Dengan perubahaan itu, hakak terus mencuba dan mengambil suplemen Shaklee bagi tujuan kesihatan serta penjagaan kulit kerana Shaklee merupakan produk yang berasaskan semulajadi, selamat serta bebas bahan kimia.

Kesan dari perubahan 'My Shaklee Effect' untuk diri hakak walaupun agak perlahan dan tidak ketara sebelum ini tetapi sejujurnya di awal pengambilan suplemen Shaklee, hakak tidak konsisten mengambil setiap hari. 


Namun atas kesedaran melihat Shaklee Effect pada rakan-rakan Shaklee yang mengamalkan secara konsisten, maka wujud rasa keterujaaan untuk mengambil suplemen Shaklee dengan lebih konsisten dan teratur.

Oleh itu pada awal tahun 2016, hakak berazam untuk mengambil suplemen Shaklee dengan lebih konsisten agar dapat merasai 'My Shaklee Effect' seperti rakan-rakan yang lain.

Sebenarnya boleh dikatakan hakak juga seorang pengamal tegar suplemen Shaklee bersama-sama En. Suami dan anak-anak hakak untuk tujuan penjagaan kesihatan serta kulit. Jika bercuti pun hakak akan pastikan suplemen Shaklee adalah barang wajib untuk dibawa bersama.

Selain dari 3 suplemen diatas, hakak juga amalkan suplemen berikut :

~ SR Vita-C Plus
~ GLA Complex
~ Alfalfa Complex
~ Lecithin
~ Herb-Lax
~ Peppermint Ginger Plus
~ Performance Drink
~ Cinch Tex Mix

Macam banyak kan hakak ambil suplemen setiap hari? Tapi sebenarnya hakak tidaklah ambil suplemen berikut sekaligus dalam satu masa.

Bagi anda yang nak dapatkan kesan dari pengambilan suplemen ini ianya bukan sehari dua ya. Hakak sendiri nak dapat 'My Shaklee Effect' pun perlukan masa, kesabaran, konsisten serta mengambil suplemen mengikut jadual yang betul dan minum air masak secukupnya.

Semuga dengan perkongsian 'My Shaklee Effect' hakak ini boleh menjadi pembuka jalan untuk anda yang sedang mencari suplemen dan ingin perubahan pada kesihatan dan juga kulit.

Nak juga 'Shaklee Effect'? Hubungi hakak untuk konsultasi dan cara pengambilan yang betul.

No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign