8 November 2016

Ketahui Jumlah Kalori Dalam Makanan

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google

Assalamualaikum & Hai Semua!

Untuk menurunkan berat badan, seseorang itu perlu pastikan kalori yang masuk ke dalam badan hendaklah lebih rendah daripada kalori yang keluar. 

Oleh yang demikian cuba buat pengiraan jumlah kalori makanan yang di ambil setiap hari agar anda dapat mencapai target berat yang diidamkan.


diet, kurus, kalori, buang lemak, jaga badan





Apa yang dikatakan KALORI?

Kalori sebenarnya ialah unit ukuran untuk tenaga.

Adakah kalori penting?

Ya. Tubuh badan manusia memerlukan kalori untuk menjana tenaga, namun masalah akan timbul sekiranya kuantiti kalori yang diambil terlalu banyak dan tidak dibakar. Apabila makan terlalu banyak dan ini menyebabkan jumlah kalori melebihi keperluan yang sepatutnya tubuh anda perlu, maka makanan tersebut akan bertukar menjadi lemak yang tersimpan dalam badan sekiranya tidak dibakar atau bersenam. Inilah penyebab berat badan bertambah dan ianya bahaya untuk kesihatan.

Apakah faktor yang mempengaruhi pengambilan kalori?

Keperluan pengambilan kalori yang diperlukan dalam badan setiap individu adalah berbeza. Hal ini kerana ia bergantung pada saiz tubuh dan komposisinya, usia, jantina dan aktiviti harian seseorang.


Jumlah Kalori Dalam Makanan

Kategori: Makanan Rutin
  • Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
  • Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
  • Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
  • Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
  • Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
  • Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
  • Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
  • Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
  • Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
  • Roti putih (2 keping) = 156 kalori
  • Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
  • Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
  • Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
  • Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori
Kategori: Buah-buahan
  • Tembikai (sepotong) = 20 kalori
  • Betik (sepotong) = 45 kalori
  • Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
  • Durian (5 ulas) = 64 kalori
  • Limau (sebiji) = 42 kalori
  • Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
  • Nenas (sepotong) = 59 kalori
  • Epal (sebiji) = 63 kalori
  • Ciku (sebiji) = 44 kalori
  • Mangga (sebiji) = 103 kalori
Kategori: Lauk Pauk
  • Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
  • Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
  • Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
  • Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
  • Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
  • Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
  • Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
  • Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
  • Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
  • Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
  • Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
  • Taufufa goreng (sekeping) = 110 kalori
  • Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori
Kategori: Kuih Muih
  • Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
  • Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
  • Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
  • Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
  • Popia goreng (satu) = 130 kalori
  • Popia basah (satu) = 95 kalori
  • Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
  • Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
  • Karipap (sebiji) = 130 kalori
  • Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
  • Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori
Kategori: Makanan Segera
  • Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
  • Nugget ayam (satu) = 60 kalori
  • Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
  • Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
  • Burger keju (satu) = 425 kalori
  • Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
  • Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
  • Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori
Berapa banyak kalori yang perlu diambil dalam sehari?



Dari entri diatas, anda sudah mengetahui apa itu kalori, jumlah kalori dalam makanan dan juga total kalori yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. 


Bagaimana? Boleh?

Cuba tanya pada diri anda, adakah anda menepati kalori yang diperlukan seharian. Jika lebih, cuba-cubalah untuk kurangkan pengambilan kalori dan seimbangkan dengan aktiviti senaman yang perlu dilakukan.


Sila hubungi hakak untuk konsultasi pengambilan produk Shaklee atau jika berminat untuk menambah pendapatan dengan Shaklee.


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign